JIKA AKU BOLEH MENGAPA TIDAK

"jika saya dapat melihat lebih jauh daripada kebanyakan orang, ini adalah kerana saya telah berdiri di atas bahu orang-orang yang lebih berjaya”. Isaac Newton : 1642 – 1727)















Setiap Jiwa Yang Dilahirkan Telah Tertanam Dengan Benih Untuk Mencapai KEJAYAAN Dalam Kehidupan; Tetapi Benih Itu Tidak Akan Tumbuh Seandainya Tidak Dibajai Dengan Keberanian Untuk Merebut Peluang Tersedia Di Depan Mata!" Cikgu Yunos























PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2010

Assalamualaikum... KEPADA, IBU BAPA....Adakah Anda Hadapi Masalah Berikut ? •Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak •Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak kita •Tak pasti akan persediaan Peperiksaan anak kita •Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan •Kita terlalu sibuk hingga gagal memantau kerja sekolah anak kita Jika tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah di atas ?MINTALAH NASIHAT KAMI DI PUSAT TUISYEN ILMU INTELEK KAMI MENGAJAR KAEDAH MASTERI LEARNING... BERITA TERKINI KELAS KHAS *BAHASA MELAYU *ENGLISH (SETIAP KHAMIS DAN JUMAAT JAM 8.OOpm HINGGA 10.00pm) "JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUK KITA , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KITA BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN

Thursday, April 28, 2011

9 Sebab Hati Rosak- oleh Cikgu Yunos

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Thursday, December 30, 2010


2010 MELABUHKAN TIRAI SELAMAT DATANG TAHUN 2011
Menjelang tahun baru, ramai dari kita yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram. Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.
Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka

Rasulullah bersabda maksudnya;
“Termasuk dalam golongan dosa besar ialah perbuatan seseorang memaki ibu bapanya , lalu sahabat bertanya bagaimana seseorang itu memaki ibu bapanya? Baginda menjawab seseorang memaki ayah orang lain lalu orang itu membalas dengan memaki ayah orang tersebut dan ia mencaci ibunya lalu ia membalas dengan mencaci ibu orang tersebut”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Anak yang soleh akan menjaga nama baik dan maruah ibu bapanya dalam pergaulan dengan rakan-rakannya. Dia hendaklah mengamalkan akhlak yang terpuji dikalangan rakan-rakannya dan secara tidak langsung maruah ibu bapanya dipandang mulia.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI SEMULA KE UNIVERSITI MALAYA

Salam,
Ilmu itu adalah tunggak kepada iman dan kepercayaan. Ilmu dan para ilmuan mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan dihormati dan dijadikan model untuk , diturut dan segi sikap, nilai dan kelakuan. Sekiranya konsep ini diperluas dan diamalkan, maka ilmu itu akan memelihara kita dan segala perkara yang negatif. Selamat Tahun Baru 2011

Warisan 2011


WARISAN



Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ..ku terbuang tak Di terima
Andai aku di singkirkan
Kemana harus ku bawakan
Kemana harus ku semaikan...cinta ini..

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat ku jejaki........

Aku bukanlah seorang perwira...
gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri …
Demi cinta ini...

Ku ingin kotakan seribu janji...
sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan...
Aku - lah penyambung warisan...

Sajak Bulan Ramaddhan

Buat Ingatan Diriku


Ramadhan
Satu per tiga Ramadhan telah pun berlalu

Masa begitu pantas pergi meninggalkan ku
Tapi amal ibadah ku tetap macam dulu
Tiada peningkatan yang berlaku
Quran, zikir, sedekah macam yang seperti selalu
Aduh! alangkah rugi nya diri ku
Aduhai susahnya nak didik nafsu

Walau syaitan diikat dibelenggu
Namun nafsu dalam diri datang mengganggu
Menyebabkanku sering kalah lemah lesu
Iman lemah tak terlawan dek nafsu yang menipu
Sampai bilakah aku mahu jadi kaku?

Tak berganjak ditampuk dahulu
Takde peningkatan langsung yang dilaku
Walau Ramadhan menjanjikan pahala beribu
Tapi diri ku masih asyik leka tertipu selalu
Ayuh! bangunlah bergerak buat islah diri mu
Sekarang juga jangan ditunggu-tunggu


Kerna ajal maut kau tak tau
Entah esok entah lusa roh bakal meninggal jasadmu
Semoga Allah Robb yang hanya satu

Terus memberi petunjuk hidayah dan kekuatan untuk ku


Dalam menempuhi Ramadhan yang terus dan terus dan terus saja berlalu
Tanpa memperdulikan apa yang ku laku
Akan datang, sekarang atau yang telah lalu


Ramadhan pasti pergi meninggalkanku

Yaa Robbi….Yaa Allahu Allahu…
Robbighfirli maafkan kelemahanku


Ampunkan segela dosaku kini dan yang telah lalu
Menagih simpati memohon keampunan hanya dariMu…
Semoga aku tidak mempersiakan baki 2 pertiga lagi Ramadhan yang ada

Bingkisan..buat anak-anak didikku

Saturday, December 4, 2010


Karangan Jenis Laporan

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tuliskan satu laporan tentang lawatan tersebut.

LAPORAN LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN DATO NANING, ALOR GAJAH KE MELAKA

Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Dato Naning telah mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Tujuan lawatan ini adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid. Sebelum kami bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Azian. Kami bertolak pada pukul 7.00 pagi. Kira-kira pada pukul 7.40 pagi, kami berhenti untuk bersarapan di Restoran Pinang Besar, Cheng. Kami meneruskan perjalanan kira-kira setengah jam kemudian.Kami tiba di Zoo Melaka iaitu tempat pertama lawatan kami pada pukul 9.00 pagi. Kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 12.30 tengah hari, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari yang telah disediakan oleh guru pengiring. Pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah sebagai tanda kenangan.Pada pukul 3.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka pada zaman dahulu. Selain itu juga, kami dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya Melaka dari atas. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas, gembira, kagum dan sebagainya.Pada pukul 4.00 hingga 5.30 petang, kami singgah pula di sebuah pasaraya besar di bandaraya ini. Di pasaraya ini, terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pakaian, alat-alat elektronik, dan sebagainya.Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Al-Azim, Negeri Melaka untuk bersembahyang maghrib dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 8.00 malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi. Laporan disediakan oleh.
......................................................
(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi) 10 NOVEMBER 2010

Thursday, December 2, 2010


Perbuatan yang TIDAK WAJAR dilakukan oleh ibu bapa :
1.Menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul , merotan dan mendera anak yang gagal . Ini akan menambahkan lagi ketakutan dan membuatkan mereka fobia untuk belajar .

2.Menggunakan ancaman lisan seperti memaki , menyumpah dan mengugut mereka . Ini akan membunuh semangat mereka untuk membaiki kelemahan yang sedia ada .

3.Menyerah bulat-bulat mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Pemikiran ini tidak boleh diterima pakai kerana seseorang guru itu mempunyai 30 - 40 orang murid lain untuk diberi perhatian . Masalah masa juga membataskan perhatian guru .

4.Menyerang dan menyalahkan guru-guru semata-mata jika anak tersebut gagal . Sikap tidak profesional ini akan melunturkan semangat guru dan menimbulkan persepsi yang negatif ibubapa dan anak tersebut di mata guru . Ia juga akan menjatuhkan imej dan maruah seseorang guru di kaca mata sekolah dan masyarakat .

5. Membandingkan seseorang guru dengan guru yang lain . Sebenarnya , setiap guru mempunyai kaedah dan teknik pengajaran mereka tersendiri berdasarkan opsyen mereka .

6.Tidak pernah menghadiri hari terbuka , perjumpaan dan taklimat anjuran sekolah atau PIBG. Aktiviti anjuran pihak sekolah dan PIBG ini adalah sangat penting untuk ibubapa mengetahui cara pengajaran yang spesifik dan kaedah yang terkini di samping mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka . Sesungguhnya apa yang dinyatakan di atas adalah satu bentuk cadangan yang harus diterima pakai dan direnung sedalamnya oleh seseorang ibubapa . Sikap prihatin , kasih sayang , belaian dan psikologi juga adalah faktor tambahan untuk anak-anak lebih cerdas , cergas dan matang dalam kehidupan mereka. Akhirkata , peranan guru dan ibubapa dalam soal pendidikan anak-anak sehaluan arahnya dan senada pentingnya . Keduanya saling sokong menyokong dan bertaut kukuh . Bagaimana rupa bentuk masa depan , di sinilah umbinya yang sedang di semai. Benarlah sabda Rasulullah SAW " Anak-anak itu umpama lain putih , maka ibubapanya lah yang bertanggung jawab menjadikannya ia Majusi atau Nasrani "

Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan yang sempurna akan menjadikan mereka permata negara yang berharga.


Anak-anakku.....kaulah sumber ilhamku...sayang
MENGAPA ANAK KITA MASIH GAGAL.............. Dibawah ini , diperturunkan beberapa langkah dan cara yang boleh dimainkan oleh seseorang ibubapa . Mungkin cara ini boleh membantu ibubapa sekalian menangani masalah pelajaran anak dan meningkatkatkan lagi keupayaan mereka di masa depan .Antara kaedah dan cara tersebut ialah : - 1.Sentiasa menyemak buku latihan dan buku kerja anak-anak setiap hari . 2.Sentiasa bertanya mengenai pengajaran pembelajaran guru-guru di sekolah . Apakah mereka tertarik atau sebaliknya . 3.Sentiasa bertanya mengenai masalah kekuatan dan kelemahan anak dalam mata pelajaran. Menyelidik dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak dalam sesuatu mata pelajaran . Terima dengan positif alasan mereka . 4.Segera membuat tindakan susulan kepada pihak guru samada melalui perbincangan , e-mail dan surat menyurat . Terima dengan positif jawapan , cadangan dan komentar dari guru tersebut . 5.Merangka jadual waktu pembelajaran anak-anak tanpa mengabaikan aspek-aspek lain . Pastikan anak-anak mengikut jadual tersebut . Terangkan kepada anak-anak mengapa jadual waktu itu dibuat . 6.Menanyakan anak-anak penglibatan mereka dalam aktiviti ko-kurikulum , jadual / masa aktiviti dan kegiatan . 7.Sokong dan galakkan mereka membaca banyak bahan bacaan lain seperti akhbar, majalah dan komik. ini menyuburkan minda pengetahuan am dan tatabahasa mereka . 8.Galakkan mereka mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan seperti dengan rakan-rakan dan adik beradik . 9.Pantau dan tahu kawan-kawan mereka . Faktor kawan juga adalah penyumbang kemajuan dan kemunduran anak-anak . 10.Insentif dan hadiah perlu digalakkan dan disebut jika mereka berjaya dalam sesuatu ujian / peperiksaan . Ini akan menyuburkan lagi minat mereka . 11.Bagi anak-anak di tahap satu , pastikan mereka mampu menguasai kemahiran 3M ( menulis , membaca dan mengira ). Kemahiran ini SANGAT PENTING untuk mereka di tahap dua . Kemahiran lain seperti penguasaan tulisan jawi , membaca Al-Quran dan amalan fardhu ain lain juga amat penting dalam menghadapi kehidupan mereka sebagai seorang pelajar muslim . 12.Sentiasa menghadirkan diri sebarang aktiviti anjuran sekolah atau PIBG . Cara ini amat berkesan untuk ibubapa berhubung terus dengan pihak sekolah melalui soal jawab dan perbincangan yang lebih mendalam . Namun begitu , terdapat batasan dan had yang perlu disedari oleh ibubapa dalam menangani masalah pelajaran anak-anak ini . Sebarang tindakan dan cara yang dilakukan biarlah berhemah , berdisiplin dan bertatasusila . Adalah TIDAK WAJAR sama sekali menangani isu anak-anak mengikut nafsu , dendam dan perasaan . Antara kaedah dan cara negatif yang TIDAK WAJAR dilakukan ialah : 1.Menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul , merotan dan mendera anak yang gagal . Ini akan menambahkan lagi ketakutan dan membuatkan mereka fobia untuk belajar . 2.Menggunakan ancaman lisan seperti memaki , menyumpah dan mengugut mereka . Ini akan membunuh semangat mereka untuk membaiki kelemahan yang sedia ada . 3.Menyerah bulat-bulat mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Pemikiran ini tidak boleh diterima pakai kerana seseorang guru itu mempunyai 30 - 40 orang murid lain untuk diberi perhatian . Masalah masa juga membataskan perhatian guru . 4.Menyerang dan menyalahkan guru-guru semata-mata jika anak tersebut gagal . Sikap tidak profesional ini akan melunturkan semangat guru dan menimbulkan persepsi yang negatif ibubapa dan anak tersebut di mata guru . Ia juga akan menjatuhkan imej dan maruah seseorang guru di kaca mata sekolah dan masyarakat . 5. Membandingkan seseorang guru dengan guru yang lain . Sebenarnya , setiap guru mempunyai kaedah dan teknik pengajaran mereka tersendiri berdasarkan opsyen mereka . 6.Tidak pernah menghadiri hari terbuka , perjumpaan dan taklimat anjuran sekolah atau PIBG. Aktiviti anjuran pihak sekolah dan PIBG ini adalah sangat penting untuk ibubapa mengetahui cara pengajaran yang spesifik dan kaedah yang terkini di samping mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka . Sesungguhnya apa yang dinyatakan di atas adalah satu bentuk cadangan yang harus diterima pakai dan direnung sedalamnya oleh seseorang ibubapa . Sikap prihatin , kasih sayang , belaian dan psikologi juga adalah faktor tambahan untuk anak-anak lebih cerdas , cergas dan matang dalam kehidupan mereka. Akhirkata , peranan guru dan ibubapa dalam soal pendidikan anak-anak sehaluan arahnya dan senada pentingnya . Keduanya saling sokong menyokong dan bertaut kukuh . Bagaimana rupa bentuk masa depan , di sinilah umbinya yang sedang di semai. Benarlah sabda Rasulullah SAW " Anak-anak itu umpama lain putih , maka ibubapanya lah yang bertanggung jawab menjadikannya ia Majusi atau Nasrani " . Sekian , Wallahualam Cikgu yunos

Thursday, January 21, 2010

Kehidupan Di Asrama Kelebihan vs Kelemahan

Buat Jantung Hatiku : NurKhairunnisa Aqilah (5A UPSR 2009)
Anakku,
Dahulu ayah pun pernah tinggal di asrama. Jauh di utara semenanjung di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang(M4P) (6 Disember 1993), baru 6 hari abah ayah meninggal dunia. Saat –saat berpisah dengan emak dan keuarga merupakan detik yang sungguh memilukan. Tapi apa daya ayah, orang yang telah pergi tak akan kembali lagi, yang masih tinggal kehidupan ini haruslah diteruskan. Ayah kuatkan azam dan tekadkan semangat. Ayah buktikan bahawa ayah seorang yang cemerlang dan tak mudah nangis.
`Ayahku selalu berkata padaku, Laki2 tak boleh nangis, Harus selalu kuat
harus selalu tangguh, harus bisa jadi tahan banting ` …….. petikan lagu Bukan Superman
Fokus utama ayah adalah berjaya dalam hidup dan tidak mensia-siakan peluang yang orang lain tak dapat. Ketika di Maktab M4P ayah aktifkan diri menceburi pelbagai aktiviti dan menjadi pengerusi, setiausaha kelab/persatuan, Ayah juga menjadi Exco Asrama, dan semua pertandingan yang dianjur di Maktab ayah ceburi, pidato, kompang, alam sekitar, dan nasyid dan koir Maktab. Pasukan koir di Maktab M4P kerap mendapat jemputan untuk persembahan di hotel-hotel besar sekitar Pulau Pinang. Ayah berjaya membawa pasukan kompang Maktab menyertai perarakan hari kemerdekaan di Padang Kota Lama Pulau Pinang. Semua aktiviti yang ayah ceburi telah banyak membantu mematang dan mendewasakan ayah. Kesibukan telah melupakan kesedihan dan kerinduan pada kampung halaman.
Anakku, MRSM, SBP, Sekolah Berasrama Penuh (Agama) merupakan tempat penempatan untuk murid-murid cemerlang ke sekolah menengah. Murid-murid terpilih dari kalangan sekolah di seluruh negara. Kerajaan menyediakan asrama-asrama untuk kemudahan murid-murid ini belajar dengan lebih sistematik. Kelebihan yang dapat diperolehi ketika belajar di asrama memang berbeza jika hendak dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Murid-murid yang berpeluang untuk belajar dan tinggal di asrama akan dapat belajar dengan lebih baik kerana mereka mempunyai jadual waktu yang sistematik. Semua murid hendaklah patuh pada jadual waktu yang telah disusun oleh pihak sekolah. Waktu bermain dan sebagainya diatur dengan baik dan sistematik.
Disamping itu murid akan dilatih untuk hidup bekerjasama - bagai "Aur dengan Tebing", - saling bantu membantu. Selain itu murid dilatih untuk hidup berdikari dan hormat menghormati sesama rakan. Di sini murid tidak bergantung kepada lbu bapa semata-mata. Saat-saat yang dilalui sepanjang berada di asrama merupakan nostalgia yang tidak mungkin dilupakan apabila dapat belajar secara berkumpulan. Dan banyak lagi faedah yang di perolehi. Inilah kelebihan yang dapat ayah terangkan untuk tatapan anakku Nurkhairunnisa Aqilah kerana bagiku semua yang dilalui oleh anak-anak di asrama begitu bermakna buatmu.
Isteriku, Semua yang telah diterangkan berkenaan dengan kehidupan di asrama nampak indah belaka dalam situasi yang berbeza. Cuba pula renungkan pula apa yang akan abang terangkan seterusnya …….tentang kelemahan tinggal di asrama…………..
`kau menangis di sana , di sini pula poket ayah yang menangis` Sepanjang berada di asrama, pelbagai yuran sekolah akan ditanggung oleh keluarga bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin lebih terasa. Yuran semasa mendaftar sahaja hampir memcecah RM 1000.00 sekiranya dicampur dengan keperluan koperasi + asrama + aktiviti Persatuan/Kelab. Belum lagi dikira yuran bulanan seperti yuran kelas tuisyen (RM 50.00) wajib setiap bulan. Yuran Dewan Makan RM 90.00 (_ x RM3.00) dan duit poket harian RM3.00 x 30 hari (RM90.00).
Dengan jumlah muridnya yang agak ramai, pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak warden asrama secara berkesan. Setiap `dom` akan ditempatkan murid-murid dalam jumlah yang agak ramai dengan katil 2 tingkat dan kemudahan rak yang kecil untuk barang-barang. Murid seawal usia 13 tahun kemungkinan akan mengalami kejutan budaya, dan sukar untuk menyesuaikan diri.
Kita sibuk dengan pelbagai perancangan masa depan, perniagaan sedia ada, perniagaan baru, perancangan membina rumah sewa dan rumah di atas tanah yang ingin kita bangunkan dalam tempoh 3 tahun bermula 2010 – 2013 adalah kekangan masa yang akan kita tanggung. Dengan kesibukan ini kita mungkin alpa dan Aqilah takut-takut kita abaikan. Biarlah dia berada di depan mata, agar kita mudah memantaunya.
Sayang,
Adalah menjadi harapan setiap orang agar anak-anak mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian yang lebih baik.
Kita sentiasa menggalakkan anak-anak kita supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi cemerlang. Kita bersusah payah membuka sendiri sebuah Pusat Tuisyen untuk memberi pendidikan tambahan kepada putera-puteri kita.

Kita yakin kaedah yang kita guna pakai selama ini berjaya. Along berjaya membuktikan bahawa dia boleh mencapai keputusan yang cemerlang. Kita mempunyai Pusat Tuisyen sendiri, justeru itu apa yang hendak kita takutkan. Biarlah kita didik mereka dengan gaya yang kita hendakkan. Abang lebih percaya sekiranya along berada didepan mata kita, bukan tak percaya kepada tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru di Syarod namun jauh di sudut hati ini biarlah anak-anak membesar di hadapan mata. Strategi murid cemerlang mudah …. mereka perlu didisiplinkan untuk banyak mentelaah dan membuat latihan supaya dapat memahirkan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Umum tahu,

Aqilah berjaya mendapat 5A, dan berjaya memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh SMK Syarifah Rodziah, Teluk Emas, Melaka. Hati kita tentulah gembira dan merasa bangga apabila Aqilah dapat masuk ke sekolah berasrama penuh yang mana kemudahannya jauh lebih baik dari sekolah menengah biasa. Itu adalah merupakan kejayaan awal Aqilah dalam bidang akademik yang menjadi motivasi kepada dirinya dan seterusnya kepada adik-adiknya yang lain.

Namun Fikiran ayah bimbang,

Dalam pada itu, hati ayah juga risau kerana Aqilah terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga dan terpaksa menguruskan sendiri kehidupannya di asrama mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ayah juga risaukan Aqilah sama ada pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama, dengan rakan-rakannya, dengan makanan asrama dan dengan jadual asrama yang ditetapkan.

Apa yang menjadi kebimbangan, Aqilah Kena Buli
Tidak dapat dinafikan terdapat budaya membuli di asrama dari sejak dahulu lagi dan pihak sekolah tidak dapat membendung perkara ini. Yang berbeza mungkin tahap seriusnya membuli itu, sama ada lebih teruk dan ketara antara satu sekolah berbanding dengan sekolah lain. Untuk mengatasi budaya membuli, ada sekolah yang mengadakan sesi suai kenal antara senior dan junior dengan mengaturkan program-program tertentu. Ini hanyalah program orientasi yang terancang kepada murid-murid baru bagi membiasakan diri mereka dengan kehidupan di asrama.
Namun hakikatnya,
Senior membuli junior tetap berlaku di asrama secara sembunyi-sembunyi di luar program yang diaturkan. Perkara ini saya alami sendiri ketika tinggal di asrama sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPP) Alasan senior adalah supaya junior menghormati mereka, tidak berlagak sombong dan bersedia melakukan apa yang disuruh.
Kerisauan ayah bertambah apabila kerap terbaca dalam akhbar tentang kes-kes buli di asrama oleh murid senior terhadap murid baru sehingga ada yang cedera. Setiap kali mendapat panggilan telefon daripada Aqilah di asrama, ayah merasa gementar takut-takut sesuatu yang buruk terjadi kepada Aqilah, atau Aqilah merayu tidak mahu lagi tinggal di asrama kerana tidak tahan diejek, dibuli, dan didera secara emosi oleh rakan-rakannya.
Aqilah sering menangis-nangis minta keluar dari asrama kerana tidak tahan rasa tertekan kerana diejek oleh kawan-kawan dengan kata-kata yang tidak disukainya. Saya menasihatinya supaya bersabar, berusaha berbuat baik dengan rakannya dan kalau perlu melaporkan kepada warden asrama, guru disiplin atau guru kaunseling di sekolah.

Abang Bimbang Aqilah Rasa Tertekan/Terdera Emosi
Aqilah mungkin juga merasa terdera emosi mereka disebabkan jadual ketat, kena bangun awal pagi, berebut bilik air dan perlu mengutamakan senior, tempat tidur tak selesa, makanan tak sesuai, kena basuh baju/stoking sendiri, sterika baju sendiri dan kadang kala diminta/dibuli oleh senior supaya mensterika baju mereka, pakaian selalu hilang/kena curi dan pelbagai sebab lagi.

Anak teman sekerja saya, pula merayu kepada ibu bapanya hendak keluar dari asrama kerana tertekan, rasa tidak adil diperlakukan, walau pun dah berada di hadapan barisan ketika beratur untuk menggunakan bilik air tetapi keutamaan perlu diberi kepada senior yang tiba-tiba muncul.
Aqilah mungkin juga rasa tertekan kerana tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan lain di sekolah. Tak semua murid cepat menyesuaikan diri. Ada juga yang cepat dapat menyesuaikan diri dengan jadual asrama, cekap, cepat bertindak/bergerak, ada yang lambat, lembap dan tidak dapat menguruskan diri mereka dengan baik. Bila ketinggalan ini tentulah rasa tertekan, terutama apabila ia tidak dapat menyaingi rakan-rakan lain. .
Jangan Lupa Lawatan Mingguan,
Kita mestilah mengambil kira perbelanjaan dan masa setiap minggu yang kita perlukan untuk pergi kesana. Ada-ada saja barang atau keperluan yang diminta. Kadangkala kita akan datang ke asrama dengan membawa pelbagai pesanan/bekalan terutama makanan kegemarannya dan berkelahlah sekeluarga di kawasan asrama.
Pengalaman minggu lepas semasa pulang ke asrama, Aqilah sengaja tidak membawa kasut sekolah supaya dapat dijadikan alasan tertinggal sesuatu dan meminta kita menghantarnya pada waktu pagi keesokan harinya. Dengan itu dapatlah mereka tinggal bermalam dengan anggota keluarga semalam lagi.
Malas Cuci Pakaian…………..
Aqilqh belum pun berusia 13 tahun… kita juga silap kerana tak pernah pun menyuruhnya membasuh baju sendiri. Di asrama pula kerap berlaku masalah ketiadaan air, ini satu hal lagi. Begitulah bila telah terbiasa dengan kesenangan di rumah. Kebiasannya tugas ini dilakukan oleh Bibik pembantu rumah, jadi ada rasa malas atau tidak dapat menghadapi kesusahan menguruskan sendiri pakaian ketika di asrama.
Makanan Asrama Tidak Sesuai Dengan Seleranya……….
Satu perkara lagi yang menjadi kerisauan adalah makanan asrama tidak dapat memenuhi selera dan cita rasanya. Pada minggu lepas, ramai murid –murid kena keracunan makanan, oleh itu pihak sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak-anak untuk dibawa pulang. Menu yang disediakan di asrama sememangnya tidak disukai atau tidak puas makan kerana makanan yang disediakan tidak sedap. Aqilah merupakan remaja masih di peringkat pembesaran sememangnya makan banyak dan berulang-ulang. Kebebasan ini tiada di asrama, tidak sebagaimana di rumah boleh mengulang-ulang makan apa saja yang diinginkan.
Biasanya, pihak pengurusan asrama menetapkan sekali seminggu menu istimewa (menu nasi minyak dan kurma ayam) ini dihidangkan………
Pada hari-hari lain, jika menu tidak sesuai dengan seleranya, Aqilah akan memilih alternatif makan di kantin sekolah. Kita terpaksalah menyediakan wang saku tambahan kepada Aqilah setiap minggu untuk tujuan ini.
Harus Hadapi Kehilangan Pakaian
Melalui pengalaman rakan-rakan yang mempunyai anak-anak di asrama, setiap kali cuti penggal, Ibu bapa terpaksa membeli pakaian baru untuk anak yang tinggal di asrama, terutama pakaian dalam dan pakaian sekolah, sama ada kemeja, t-shirt sukan, seluar, atau tudung putih . Kadang kala tak sempat cuti penggal pun, dua minggu selepas persekolahan , dah mengadu kehilangan pakaian atau alat tulis.
Saya tak tahu dan tak faham, adakah ini fenomena biasa di asrama sekolah, yakni berlaku kecurian, dan kalau memang berlaku, kenapa pihak sekolah tidak membendungnya. Atau mungkin juga kecuaian anak-anak yang tidak tahu menjaga harta benda sendiri, sebab mudah diganti oleh ibu bapa. Menurut kata rakan saya, ada jenis murid yang meminjam terus pakaian rakan lain dan tidak memulangkanya, terutama t-shirt berjenama dan seluar sukan kerana sukakan pakaian itu dan menganggap tidak mengapa berkongsi pakaian dengan rakannya.
Menurut kata guru penyelia asrama yang saya temui, kadang kala pakaian anak-anak di asrama itu tidak hilang atau dicuri, tetapi jatuh ke tanah ketika dijemuran, pasti mereka tidak akan mengambilnya kerana perlu dibasuh semula, dan ada yang merasa terhina mengambilnya semula (ego anak-anak). Pihak pengurusan asrama pernah mengumpulnya dan menghantar kepada dobi untuk membersihkannya, tetapi tiada siapa yang datang menuntutnya semula. Mungkin ada benarnya, kerana setiap kali saya ke asrama menemui anak saya, memang saya lihat berlonggok-longgok pakaian yang jatuh ketanah dari jemuran tidak diambil oleh murid asrama.
Itulah yang merisaukan saya, adakah Aqilah akan mengalami perkara yang serupa?,… kerana hendak menyelamatkan diri, takut dimarahi kerana membiarkan berlaku pembaziran {pakaiannya yang jatuh tidak diambil dari jemuran) tetapi dikatakan hilang diambil oleh rakannya.
Saya katakan tidak larat mengeluarkan belanja berulang-ulang membeli pakaian dan alat tulis ganti dalam tempoh masa yang singkat. Namun, kalau betul pakaian/alat tulisnya benar-benar diambil oleh rakan.yang memerlukannya, maka berniat sedekah sajalah, semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Saya berdoa agar Aqilah bersabar dan meneruskan pengajiannya di SMK Syarifah Rodiah. Tapi ayah tidak mahu memaksa terpulanglah kepada Aqilah Jantung hatiku. Perjalanan hidupmu masih jauh, sayang Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ayah, isteri, ibu bapa saya, mertua dan anak-anak ku serta semua umat Islam lain.

Wednesday, January 20, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat pengunjung yang dihormati.

Saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan sumber pendapatan, namun masih belum menemui bidang yang sesuai. Saya mempunyai keluarga yang ramai, justeru itu saya perlu bekerja kuat dengan sentiasa mencari sesuatu yang sesuai dan padan dengan kemahiran, kekuatan dan minat saya.

Rezeki ada di mana - mana, ulat dalam batu pun boleh hidup, namun jika malas berusaha masakan rezeki akan datang kepada kita. .Ada bermacam-macam cara untuk meningkatkan pendapatan. Ada cara yang susah, memenatkan dan membosankan tetapi pulangannya tidak seberapa. Ada pula cara yang mudah, seronok dan terasa bebas apabila dilakukan. Apa yang menghairankan, cara ini memberi pulangan yang jauh lebih baik.

Kerjaya saya sebagai seorang guru, telah membantu saya mencari rezeki melaui Kelas Tuisyen . Ini cara saya, sesuai dengan saya . Mungkin anda minat dilapangan lain justeru itu jadikanlah minat anda untuk menjana pendapatan.....

Wang ! Money ! Duit? Sudah pasti. Tuisyen telah memberi banyak ruang dan peluang kejayaan lain buat diri saya?

Pusat Tuisyen `Skor A` memulakan operasi pertama di Cheng mulai Tahun 2007, saya mulakan sebuah pusat tuisyen bersama isteri saya. Dengan bermodalkan RM15 000 hasil dari wang simpanan saya memulakan usaha membina empayar tuisyen. Saya berusaha dan bertungkus-lumus untuk membuat anak-anak murid tuisyen kuasai apa yang saya ajar, saya banyak membaca buku dan membuat kajian. Apabila dipraktikkan, hasilnya saya dapati anak-anak murid saya mudah faham apa yang saya ajarkan.

Saya juga anjurkan kelas motivasi mengajar teknik belajar setiap kali menjelang peperiksaan.

Hasilnya saya dapat melihat betapa semangat pelajar meningkat. Apa yang bagusnya, apabila mereka gembira semasa belajar dan meningkat prestasi belajar mereka, ibu bapa mereka gembira. Jadi mereka kekal belajar di pusat tuisyen saya. Malah, lebih ramai lagi yang menyertai pusat tuisyen saya akibat perkara tersebut.

Tahun 2008 hasil dari keuntungan yang diperolehi, modal yang dikeluarkan telah mendapat pulangan dalam tempoh tak sampai 6 buan. Memang berbaloi, namun bukan selalunya langit cerah. Usaha promosi dan teknik yang betul pengurusan jika tidak mempunyai kemahiran kita pasti kecundang.
Cikgu Yunos Hj.Omar