JIKA AKU BOLEH MENGAPA TIDAK

"jika saya dapat melihat lebih jauh daripada kebanyakan orang, ini adalah kerana saya telah berdiri di atas bahu orang-orang yang lebih berjaya”. Isaac Newton : 1642 – 1727)















Setiap Jiwa Yang Dilahirkan Telah Tertanam Dengan Benih Untuk Mencapai KEJAYAAN Dalam Kehidupan; Tetapi Benih Itu Tidak Akan Tumbuh Seandainya Tidak Dibajai Dengan Keberanian Untuk Merebut Peluang Tersedia Di Depan Mata!" Cikgu Yunos























PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2010

Assalamualaikum... KEPADA, IBU BAPA....Adakah Anda Hadapi Masalah Berikut ? •Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak •Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak kita •Tak pasti akan persediaan Peperiksaan anak kita •Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan •Kita terlalu sibuk hingga gagal memantau kerja sekolah anak kita Jika tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah di atas ?MINTALAH NASIHAT KAMI DI PUSAT TUISYEN ILMU INTELEK KAMI MENGAJAR KAEDAH MASTERI LEARNING... BERITA TERKINI KELAS KHAS *BAHASA MELAYU *ENGLISH (SETIAP KHAMIS DAN JUMAAT JAM 8.OOpm HINGGA 10.00pm) "JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUK KITA , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KITA BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN

Sunday, June 14, 2009

Saya,merupakan seorang insan biasa. Telah dilahirkan pada 1 Mac 1969 di Kg Jembatan Duyong, Melaka. Berkahwin dan mempunyai 7 orang cahaya mata ( 2 lelaki dan 5 perempuan Isteri juga guru.Kami bersyukur dikurniakan anak ramai. KERETAPI TANAH MELAYU (KTM)merupakan Perkhidmatan awam pertama yang aku masuki. Tempat bertugasku di Gemas, N.Sembilan. Selama 5 tahun 3 bln aku menabur bakti di situ, sebelum menceburkan diri dalam bidang pendidikan.

"Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana…. Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus.. '' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….T........................empat ....Peristi.........rehat anda yang terakhir adalah Kuuuuubur..'' Jangan Berbangga dengan Ketampanan atau Kecantikan anda kerana…..Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan ular berbisa ...."

Jika ingin menjadi contoh ikutan binalah krisma diri...Jika takut bermain ombak jangan berumah di tepi pantai...Aku merupakan seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab, Justeru itu aku diberi kepercayaan oleh guru-guru dan dilantik sebagai Pengerusi Kelab Guru SMKDHTK bagi sesi 2009/2010. Selain itu aku juga bersedia menjalankan tugas yang diamanahkan kepadaku seperti menjadi guru 3K (Keceriaan, Keselamatan, Kebersihan) tanpa rasa terbeban. Aku begitu prihatin terhadap disiplin pelajar. Atas rasa tanggung jawab inilah Aku elah ditawarkan untuk menjadi guru disiplin sekolah pada tahun 2007/08.

Selain daripada bertanggungjawab, Aku juga mempunyai sifat penyayang yang tinggi. En.Yunos begitu prihatin terhadap pelajar kurang upaya (OKU). Ini sesuai dengan jawatannya sebagai guru penyelaras pendidikan khas. Di permulaan pembukaan kelas pendidikan khas pada tahun 2006, peruntukan kewangan masih belum diterima aku dengan ikhlas hati mengeluarkan sejumlah wang peribadi untuk menceriakan kelas Pend.Khas, sesungguhnya apa yang telah dibelanjakan hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Dalam Unit ko-kurikulum -aku telah dilantik menjadi Ketua Rumah Sukan Alauddin selama 2 tahun dari tahun 2007/08, Guru Kadet Polis, Hakim Lorong MSSM, Pengadil Lontar Peluru Pendidikan Khas Negeri Melaka dan Ketua Komandan Platun pelajar di Perkhemahan Kor-Kadet Polis Gunung Berlumut, Kluang Johor 2006, Kem Komandan Platun pelajar di Perkhemahan Kor-Kadet Polis di PULAPOL Bahau, Air Hitam, Negeri Sembilan pada tahun 2007. Kem Komandan Platun pelajar di Perkhemahan Kor-Kadet Polis Hutan Rekreasi ayer Keroh Melaka 2008, Kem Komandan Platun pelajar di Perkhemahan Kor-Kadet Polis di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Bukit Katil 2009, merupakan Pengerusi Kelab Alam Sekitar sejak tahun 2006 hingga sekarang.

Jasa beliau kepada masyarakat begitu tinggi seperti menjadi Jurulatih Kompang, dan Silat Taman Kelemak Jaya, Alor Gajah dan Kampung Semabok, Melaka, anggota RELA Daerah Alor Gajah, Ahli Rukun Tetangga, AJK PIBG Sek. Keb. Dato Naning dan Jawatankuasa Koir Negeri Melaka dan Jawatankuasa NGO Special Olimpik Kebangsaan.

Pada Majlis Hari Keluarga 2006 beliau telah mendapat Anugerah Keluarga Ceria . Beliau juga telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk mengetuai Sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun peringkat negeri Melaka baru-baru ini.

Di bidang pendidikan beliau tidak jemu untuk terus mencurahkan bakti antaranya beliau menjalankan program tiusyen kepada ibubapa yang inginkan khidmat bakti dan merupakan orang yang sanggup memberikan kelas selepas waktu tamat sekolah. Disamping itu beliau ada mengusahakan ternakan ikan air tawar dalam tangki di kawasan rumahnya dan mengusahakan dusun durian di kebunnya.

Aktif dalam politik, dan merupakan AJK pemuda Umno Cawangan Masjid Tanah sejak tahun 2003 lagi. Dan pernah dilantik menjadi Pengerusi JKK Cawangan Kampung Ladang namun disebabkan ingin menyambung pelajaran beliau melepaskan jawatannya pada tahun 1998.

Kini genaplah usiaku 41 tahun, walaupun begitu wajahku tetap muda belia tak di makan usia, berkat dari amalan tahajjud , dan amalan bacaan surah yassin setiap malam jumaat.
`Ayah ni nampak muda dan menarik` kata puteri sulungku NurKhairunnisa Aqilah. Wajahnya ayu mirip wajah ibunya patutlah kebijaksanaan ibunya diwarisi.
Isteriku pula berusia 36 tahun, masih cantik dan angun,tubuhnya macam anak dara walaupun dah beranak 7 orang. Bijak dan pandai , tak jemu-jemu berusaha untuk memajukan diri. Sekarang sambung belajar ambil PHD. Memasak pun pandai juga seingatku kami sekeluarga amat gemar masakan ikan panggang cecah asam limau dan lauk kari itik ala-ala bali beserta rendang kari bali cili padi, pasti menjilat jari bila merasainya.

Anakku, semuanya tujuhorang, mereka terdiri dari yang sulong Nurkhairunnisa Aqilah, Ahmad Haziq Khawarizmi, NurAthirah Batrisha, Nur Fatin Nabila, Ahmad Hazim Darwish, yang ke-enam Nur Aisha Bashirah dan yang bongsu NurQireen Faqihah baru berusia 2bln(6/09/2010). Cantikkan nama-nama itu, semuanya dipilih oleh kami bersama, mempunyai kenangan tersendiri. Merekalah penghibur hati kami berdua. Dan pengerat kemesraan keluarga.
Untuk mengurus rumah dan anak-anak, kami perlukan pengasuh. Maklum sajalah keselamatan mereka paling utama. Jadi seorang pembantu rumah ku ambil dari Indonesia melalui seorang guru dari sekolah ku sebagai egen pembantu rumah. Dah tahun ke-3 kami mengambilnya sebagai pembantu rumah. Urusan rumah kami memanglah teratur, makan minum anak-anak semuanya dijaga dengan baik, cuma dia agak kahau sikit, jika tak tahan boleh naik darah dibuatnya.
Aku mula bertugas di sekolah Sek Men Keb Dato Hj.Talib Karim, Alor Gajah Melaka, 78000 Alor Gajah Melaka, mulai dari 02.01.2006 sebagai Penyelaras Program (PPKI) Pendidikan Khas Integrasi yang pertama.

Sejarah silamku, bermula tanggal 1.3.19 68 aku dilahirkan oleh seorang ibu yang bernama Aisha bte Mohd Musa di sebuah Kampung di Jembatan Duyong Melaka,.. Hidup kami susah, tinggal di sebuah rumah tua, hasil tinggalan datuk, beratapkan nipah berdindingkan papan dan berlantaikan batang nibung. Bila hujan habis kami adik-beradik basah kerana atap bocor. Aku anak yang kedua dari 5 orang adik beradik.
Ayahku Omar bin Hj.Baba bekerja sebagai buruh di Lembaga Air Melaka(LAM). Ibuku Aisha bte Mohd.Musa seorang suri rumah sepenuh masa. Aku bangga dengan mereka berdua kerana berjaya menjadikan aku seorang manusia yang berguna seperti aku pada hari ini.Walaupun kesedaran ditimbulkan oleh isteriku, namun kesanggupan ibuku berkorban kasih dan sayang tak akan aku lupakan. Aku tekad untuk lari dari hidupku yang susah, aku tak mahu anak-anakku mengalami hidup sukar sepertiku. Cukuplah kesusahan itu hanya untuk aku sahaja…

Aku bertuah kerana di pertemukan dengan isteriku. Beliau banyak mengajarku erti kejayaan. Kejayaan ku pada hari ini banyak dibantu oleh rangsangan dan petunjuk darinya. Bercerita tentang latarbelakang persekolahan Aku mendapat pendidikan awal di Sek. Keb Jembatan Duyong Melaka 1973-1979. Seterusnya menyambung pelajaran ke SMK Ayer Leleh (sekarang SMK Seri Kota), Jalan Ayer Leleh ,Melaka, 1979-1985. Aku pernah gagal dalam peperiksaan awam yang ku ambil, namun bangkit semula apabila aku sedar bahawa hanya dangan ilmu sahaja akan dapat mengubah hidupku berjaya. (SRP-1983) , SPM (1985), SPM (1986) (STPM - 1989),
tapi apa dayaku disaat kesedaran mula timbul aku diuji dengan musibah ……….
21 tahun yang silam, bermulalah detik-detik sukar dalam hidupku . Ayah yang ku kasihi jatuh sakit, aku tak dapat meneruskan pengajian kerana masa tu banyak duit diperlukan untuk mengubati penyakit ayah . Ibu tak mempunyai pendapatan, jasa ibu menjaga ayah tak kira siang maupun malam amat aku hargai. ~Ibu aku faham dan menghargai setiap inci pengorbananmu ~

Aku mengambil keputusan memulakan hidup baru sebagai warga kerja. Berbagai-bagai kerja aku lakukan dari bekerja di sektor pembinaan kepada sektor perkilangan asal saja dapat duit aku buat. Alam pekerjaan berbeza suasananya dengan alam pendidikan, segala-galanya berbeza. Bermacam-macam watak dan perangai manusia dapat dilihat. Aku alami kejutan budaya baru alam pekerjaan. Walaupun gajinya tak seberapa, aku teruskan juga bekerja, hinggalah pada satu hari aku terbaca `Iklan Jawatan Kosong` di KTM dalam surat khabar, lantas aku pun memohonnya. Permohonanku berjaya, dalam temuduga yang aku hadiri, aku berjaya menyakinkan panel temuduga untuk memilihku. Alhamdullilah.. akhirnya aku berjaya.
Aku ditawarkan jawatan Pembantu Trafik Biasa. Bekerja dalam sektor yang dipunyai oleh kerajaan iaitu Keretapi Tanah Melayu(KTM)sebagai Pembantu Trafik memamglah menyeronokkan namun gajinya tak seberapa. Aku ditawarkan gaji RM 345.00 sebulan, Namun ia menjaminkan masa depan kerana bekerja dengan sektos awam. – setelah hampir 5 tahun bekerja duit pun ada sedikit aku simpan, lama-kelamaan aku mula jemu minat unuk sambung belajar timbul semula.
Aku bekerja sebagai Pembantu Trafik Biasa dengan Syarikat Keretapi Tanah Melayu Depoh Gemas N.Sembilan, selama 5 Tahun dari 22 Ogos 1988 - 1 Dis 1993.) sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menyambung pelajaran, di dalam bidang perguruan.

Kesedaran mula timbul dalam diriku, peluang untuk belajar datang semula. Permohonan ku mengikuti latihan perguruan diterima, aku berjaya menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPP) dalam Pengkhususan Matematik. Waktu itu aku telah pun berumur 23 tahun. Ayah begitu gembira dan berjanji untuk menghantarku mendaftar nanti iaitu pada 6 Dis 1993, tapi hajat ayah tak kesampaian. Allah menyayangi dirinya. Ayah telah dipanggil mengadap ilahi terlebih dahulu dan tak kesampaian melihat dan menyaksikan kehidupanku seterusnya.

Namun aku gembira kerana ayah merestui tindakan yang ku ambil. Ayah amat berbangga bila dia mengetahui aku terpilih memasuki Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Terimakasih ayah, kau sumber ilhamku dan kau jugalah orang yang pertama merestui tindakan ku untuk menyambung pelajaran, doamu akhirnya aku berjaya. Semoga rohmu sentiasa dicucuri rahmat-Alfatiha.
Ayah meninggal pada 1.11.1993. Aku melaporkan diri di Maktab MPPP pada 6 Dis 1993 iaitu baru sebulan pemergian ayah, semua urusan berkaitan pencen dan perjawatan ayah telah aku sempurnakan sebelum aku bertolak ke Penang.

Aku mula merasakan, pendidikan amat bernilai, Justeru itu, aku buktikan pembelajaran aku berterusan dan seumur hidup.Dari Universiti Teknologi Mara (UiTM),Lendu,Melaka 1990 -1991 aku mengambil Diploma Pentadbiran Awam. Melangkah ke. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPPP) 1993-1996 mengambil Sijil Perguruan Asas ( Pendidikan, Matematik). Seterusnya aku menyambung pelajaran secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) melalui Kolej Yayasan Melaka (KYM) dalam bidang Bacelor Pendidikan Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia dari tahun 1998 hingga 2001. Aku sempat mengambil kursus KDP 14 minggu dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.
Tahun 2006 aku mula menceburi diri dalam bidang perniagaan, masa itu pula ekonomi mula meleset aku membuka pusat tuisyen dan mengajar di pusat tuisyen. Selama 4 tahun aku mengendalikan pusat tuisyen, namun timbul semula di awal usia 41 ini aku inginkan kepuasan belajar diteruskan ke peringkat sarjana apabila aku mengikuti kursus NPQH ( National Principal Qualification for Headship) di Institutb Aminudin Baki (IAB) dan sekarang di Institut Kepengetuaan (UM)untuk mengambil sarjana.
Sejarah perkhidmatanku :
Posting pertama sek.keb : SK Taman Medan, Petaling Jaya Selangor Dari Tahun ! .7. 1996-1.7. 1998) mohon pindah ke Melaka. SK Convent Infan Jesus(2), Bandar Hilir 1.7.1998- 1.1.1999. SK Bandar Hilir 1.1.199 1.7.1999. SK Sri Laksamana 1.7.1999 – 1.1.2004.
Posting kedua menengah: SMK Pulau Sebang, Tampin (1.1.2004 - 1.1.2005), Mengajar kelas pendidikan khas SMK Seri Pengkalan (1.1.2005-1.1.2006),Membuka program baru pendidikan khas di SMK Dato Hj.Talib Karim, Alor Gajah. (1.1.2006- 1.6.2009)
7.Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands (Diploma NPQH-2009/2010)
8.Universiti Malaya,2003/2004 (M.Princ-Master of Principalship, 2004) KELULUSAN B.A.Hons (Malaya) -

TANGGUNGJAWAB YANG PERNAH DIPIKUL
1. Pengerusi Blok Gajus, Jemaah Petugas, Musyawarah Bersama Asrama (MBA), Asrama Gajus, MPPPP, sesi 1993/1996
JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUK kita , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH Kita BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN -