JIKA AKU BOLEH MENGAPA TIDAK

"jika saya dapat melihat lebih jauh daripada kebanyakan orang, ini adalah kerana saya telah berdiri di atas bahu orang-orang yang lebih berjaya”. Isaac Newton : 1642 – 1727)















Setiap Jiwa Yang Dilahirkan Telah Tertanam Dengan Benih Untuk Mencapai KEJAYAAN Dalam Kehidupan; Tetapi Benih Itu Tidak Akan Tumbuh Seandainya Tidak Dibajai Dengan Keberanian Untuk Merebut Peluang Tersedia Di Depan Mata!" Cikgu Yunos























PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2010

Assalamualaikum... KEPADA, IBU BAPA....Adakah Anda Hadapi Masalah Berikut ? •Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak •Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak kita •Tak pasti akan persediaan Peperiksaan anak kita •Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan •Kita terlalu sibuk hingga gagal memantau kerja sekolah anak kita Jika tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah di atas ?MINTALAH NASIHAT KAMI DI PUSAT TUISYEN ILMU INTELEK KAMI MENGAJAR KAEDAH MASTERI LEARNING... BERITA TERKINI KELAS KHAS *BAHASA MELAYU *ENGLISH (SETIAP KHAMIS DAN JUMAAT JAM 8.OOpm HINGGA 10.00pm) "JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUK KITA , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KITA BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN

Thursday, January 21, 2010

Kehidupan Di Asrama Kelebihan vs Kelemahan

Buat Jantung Hatiku : NurKhairunnisa Aqilah (5A UPSR 2009)
Anakku,
Dahulu ayah pun pernah tinggal di asrama. Jauh di utara semenanjung di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang(M4P) (6 Disember 1993), baru 6 hari abah ayah meninggal dunia. Saat –saat berpisah dengan emak dan keuarga merupakan detik yang sungguh memilukan. Tapi apa daya ayah, orang yang telah pergi tak akan kembali lagi, yang masih tinggal kehidupan ini haruslah diteruskan. Ayah kuatkan azam dan tekadkan semangat. Ayah buktikan bahawa ayah seorang yang cemerlang dan tak mudah nangis.
`Ayahku selalu berkata padaku, Laki2 tak boleh nangis, Harus selalu kuat
harus selalu tangguh, harus bisa jadi tahan banting ` …….. petikan lagu Bukan Superman
Fokus utama ayah adalah berjaya dalam hidup dan tidak mensia-siakan peluang yang orang lain tak dapat. Ketika di Maktab M4P ayah aktifkan diri menceburi pelbagai aktiviti dan menjadi pengerusi, setiausaha kelab/persatuan, Ayah juga menjadi Exco Asrama, dan semua pertandingan yang dianjur di Maktab ayah ceburi, pidato, kompang, alam sekitar, dan nasyid dan koir Maktab. Pasukan koir di Maktab M4P kerap mendapat jemputan untuk persembahan di hotel-hotel besar sekitar Pulau Pinang. Ayah berjaya membawa pasukan kompang Maktab menyertai perarakan hari kemerdekaan di Padang Kota Lama Pulau Pinang. Semua aktiviti yang ayah ceburi telah banyak membantu mematang dan mendewasakan ayah. Kesibukan telah melupakan kesedihan dan kerinduan pada kampung halaman.
Anakku, MRSM, SBP, Sekolah Berasrama Penuh (Agama) merupakan tempat penempatan untuk murid-murid cemerlang ke sekolah menengah. Murid-murid terpilih dari kalangan sekolah di seluruh negara. Kerajaan menyediakan asrama-asrama untuk kemudahan murid-murid ini belajar dengan lebih sistematik. Kelebihan yang dapat diperolehi ketika belajar di asrama memang berbeza jika hendak dibandingkan dengan sekolah harian biasa. Murid-murid yang berpeluang untuk belajar dan tinggal di asrama akan dapat belajar dengan lebih baik kerana mereka mempunyai jadual waktu yang sistematik. Semua murid hendaklah patuh pada jadual waktu yang telah disusun oleh pihak sekolah. Waktu bermain dan sebagainya diatur dengan baik dan sistematik.
Disamping itu murid akan dilatih untuk hidup bekerjasama - bagai "Aur dengan Tebing", - saling bantu membantu. Selain itu murid dilatih untuk hidup berdikari dan hormat menghormati sesama rakan. Di sini murid tidak bergantung kepada lbu bapa semata-mata. Saat-saat yang dilalui sepanjang berada di asrama merupakan nostalgia yang tidak mungkin dilupakan apabila dapat belajar secara berkumpulan. Dan banyak lagi faedah yang di perolehi. Inilah kelebihan yang dapat ayah terangkan untuk tatapan anakku Nurkhairunnisa Aqilah kerana bagiku semua yang dilalui oleh anak-anak di asrama begitu bermakna buatmu.
Isteriku, Semua yang telah diterangkan berkenaan dengan kehidupan di asrama nampak indah belaka dalam situasi yang berbeza. Cuba pula renungkan pula apa yang akan abang terangkan seterusnya …….tentang kelemahan tinggal di asrama…………..
`kau menangis di sana , di sini pula poket ayah yang menangis` Sepanjang berada di asrama, pelbagai yuran sekolah akan ditanggung oleh keluarga bebanan yuran bulanan kepada keluarga miskin lebih terasa. Yuran semasa mendaftar sahaja hampir memcecah RM 1000.00 sekiranya dicampur dengan keperluan koperasi + asrama + aktiviti Persatuan/Kelab. Belum lagi dikira yuran bulanan seperti yuran kelas tuisyen (RM 50.00) wajib setiap bulan. Yuran Dewan Makan RM 90.00 (_ x RM3.00) dan duit poket harian RM3.00 x 30 hari (RM90.00).
Dengan jumlah muridnya yang agak ramai, pengawasan tidak dapat diberikan oleh pihak warden asrama secara berkesan. Setiap `dom` akan ditempatkan murid-murid dalam jumlah yang agak ramai dengan katil 2 tingkat dan kemudahan rak yang kecil untuk barang-barang. Murid seawal usia 13 tahun kemungkinan akan mengalami kejutan budaya, dan sukar untuk menyesuaikan diri.
Kita sibuk dengan pelbagai perancangan masa depan, perniagaan sedia ada, perniagaan baru, perancangan membina rumah sewa dan rumah di atas tanah yang ingin kita bangunkan dalam tempoh 3 tahun bermula 2010 – 2013 adalah kekangan masa yang akan kita tanggung. Dengan kesibukan ini kita mungkin alpa dan Aqilah takut-takut kita abaikan. Biarlah dia berada di depan mata, agar kita mudah memantaunya.
Sayang,
Adalah menjadi harapan setiap orang agar anak-anak mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan awam dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran di institusi pengajian yang lebih baik.
Kita sentiasa menggalakkan anak-anak kita supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai prestasi cemerlang. Kita bersusah payah membuka sendiri sebuah Pusat Tuisyen untuk memberi pendidikan tambahan kepada putera-puteri kita.

Kita yakin kaedah yang kita guna pakai selama ini berjaya. Along berjaya membuktikan bahawa dia boleh mencapai keputusan yang cemerlang. Kita mempunyai Pusat Tuisyen sendiri, justeru itu apa yang hendak kita takutkan. Biarlah kita didik mereka dengan gaya yang kita hendakkan. Abang lebih percaya sekiranya along berada didepan mata kita, bukan tak percaya kepada tunjuk ajar yang diberikan oleh guru-guru di Syarod namun jauh di sudut hati ini biarlah anak-anak membesar di hadapan mata. Strategi murid cemerlang mudah …. mereka perlu didisiplinkan untuk banyak mentelaah dan membuat latihan supaya dapat memahirkan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Umum tahu,

Aqilah berjaya mendapat 5A, dan berjaya memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh SMK Syarifah Rodziah, Teluk Emas, Melaka. Hati kita tentulah gembira dan merasa bangga apabila Aqilah dapat masuk ke sekolah berasrama penuh yang mana kemudahannya jauh lebih baik dari sekolah menengah biasa. Itu adalah merupakan kejayaan awal Aqilah dalam bidang akademik yang menjadi motivasi kepada dirinya dan seterusnya kepada adik-adiknya yang lain.

Namun Fikiran ayah bimbang,

Dalam pada itu, hati ayah juga risau kerana Aqilah terpaksa tinggal berjauhan dari keluarga dan terpaksa menguruskan sendiri kehidupannya di asrama mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Ayah juga risaukan Aqilah sama ada pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan asrama, dengan rakan-rakannya, dengan makanan asrama dan dengan jadual asrama yang ditetapkan.

Apa yang menjadi kebimbangan, Aqilah Kena Buli
Tidak dapat dinafikan terdapat budaya membuli di asrama dari sejak dahulu lagi dan pihak sekolah tidak dapat membendung perkara ini. Yang berbeza mungkin tahap seriusnya membuli itu, sama ada lebih teruk dan ketara antara satu sekolah berbanding dengan sekolah lain. Untuk mengatasi budaya membuli, ada sekolah yang mengadakan sesi suai kenal antara senior dan junior dengan mengaturkan program-program tertentu. Ini hanyalah program orientasi yang terancang kepada murid-murid baru bagi membiasakan diri mereka dengan kehidupan di asrama.
Namun hakikatnya,
Senior membuli junior tetap berlaku di asrama secara sembunyi-sembunyi di luar program yang diaturkan. Perkara ini saya alami sendiri ketika tinggal di asrama sewaktu menuntut di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (MPPP) Alasan senior adalah supaya junior menghormati mereka, tidak berlagak sombong dan bersedia melakukan apa yang disuruh.
Kerisauan ayah bertambah apabila kerap terbaca dalam akhbar tentang kes-kes buli di asrama oleh murid senior terhadap murid baru sehingga ada yang cedera. Setiap kali mendapat panggilan telefon daripada Aqilah di asrama, ayah merasa gementar takut-takut sesuatu yang buruk terjadi kepada Aqilah, atau Aqilah merayu tidak mahu lagi tinggal di asrama kerana tidak tahan diejek, dibuli, dan didera secara emosi oleh rakan-rakannya.
Aqilah sering menangis-nangis minta keluar dari asrama kerana tidak tahan rasa tertekan kerana diejek oleh kawan-kawan dengan kata-kata yang tidak disukainya. Saya menasihatinya supaya bersabar, berusaha berbuat baik dengan rakannya dan kalau perlu melaporkan kepada warden asrama, guru disiplin atau guru kaunseling di sekolah.

Abang Bimbang Aqilah Rasa Tertekan/Terdera Emosi
Aqilah mungkin juga merasa terdera emosi mereka disebabkan jadual ketat, kena bangun awal pagi, berebut bilik air dan perlu mengutamakan senior, tempat tidur tak selesa, makanan tak sesuai, kena basuh baju/stoking sendiri, sterika baju sendiri dan kadang kala diminta/dibuli oleh senior supaya mensterika baju mereka, pakaian selalu hilang/kena curi dan pelbagai sebab lagi.

Anak teman sekerja saya, pula merayu kepada ibu bapanya hendak keluar dari asrama kerana tertekan, rasa tidak adil diperlakukan, walau pun dah berada di hadapan barisan ketika beratur untuk menggunakan bilik air tetapi keutamaan perlu diberi kepada senior yang tiba-tiba muncul.
Aqilah mungkin juga rasa tertekan kerana tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan lain di sekolah. Tak semua murid cepat menyesuaikan diri. Ada juga yang cepat dapat menyesuaikan diri dengan jadual asrama, cekap, cepat bertindak/bergerak, ada yang lambat, lembap dan tidak dapat menguruskan diri mereka dengan baik. Bila ketinggalan ini tentulah rasa tertekan, terutama apabila ia tidak dapat menyaingi rakan-rakan lain. .
Jangan Lupa Lawatan Mingguan,
Kita mestilah mengambil kira perbelanjaan dan masa setiap minggu yang kita perlukan untuk pergi kesana. Ada-ada saja barang atau keperluan yang diminta. Kadangkala kita akan datang ke asrama dengan membawa pelbagai pesanan/bekalan terutama makanan kegemarannya dan berkelahlah sekeluarga di kawasan asrama.
Pengalaman minggu lepas semasa pulang ke asrama, Aqilah sengaja tidak membawa kasut sekolah supaya dapat dijadikan alasan tertinggal sesuatu dan meminta kita menghantarnya pada waktu pagi keesokan harinya. Dengan itu dapatlah mereka tinggal bermalam dengan anggota keluarga semalam lagi.
Malas Cuci Pakaian…………..
Aqilqh belum pun berusia 13 tahun… kita juga silap kerana tak pernah pun menyuruhnya membasuh baju sendiri. Di asrama pula kerap berlaku masalah ketiadaan air, ini satu hal lagi. Begitulah bila telah terbiasa dengan kesenangan di rumah. Kebiasannya tugas ini dilakukan oleh Bibik pembantu rumah, jadi ada rasa malas atau tidak dapat menghadapi kesusahan menguruskan sendiri pakaian ketika di asrama.
Makanan Asrama Tidak Sesuai Dengan Seleranya……….
Satu perkara lagi yang menjadi kerisauan adalah makanan asrama tidak dapat memenuhi selera dan cita rasanya. Pada minggu lepas, ramai murid –murid kena keracunan makanan, oleh itu pihak sekolah mengarahkan ibu bapa mengambil anak-anak untuk dibawa pulang. Menu yang disediakan di asrama sememangnya tidak disukai atau tidak puas makan kerana makanan yang disediakan tidak sedap. Aqilah merupakan remaja masih di peringkat pembesaran sememangnya makan banyak dan berulang-ulang. Kebebasan ini tiada di asrama, tidak sebagaimana di rumah boleh mengulang-ulang makan apa saja yang diinginkan.
Biasanya, pihak pengurusan asrama menetapkan sekali seminggu menu istimewa (menu nasi minyak dan kurma ayam) ini dihidangkan………
Pada hari-hari lain, jika menu tidak sesuai dengan seleranya, Aqilah akan memilih alternatif makan di kantin sekolah. Kita terpaksalah menyediakan wang saku tambahan kepada Aqilah setiap minggu untuk tujuan ini.
Harus Hadapi Kehilangan Pakaian
Melalui pengalaman rakan-rakan yang mempunyai anak-anak di asrama, setiap kali cuti penggal, Ibu bapa terpaksa membeli pakaian baru untuk anak yang tinggal di asrama, terutama pakaian dalam dan pakaian sekolah, sama ada kemeja, t-shirt sukan, seluar, atau tudung putih . Kadang kala tak sempat cuti penggal pun, dua minggu selepas persekolahan , dah mengadu kehilangan pakaian atau alat tulis.
Saya tak tahu dan tak faham, adakah ini fenomena biasa di asrama sekolah, yakni berlaku kecurian, dan kalau memang berlaku, kenapa pihak sekolah tidak membendungnya. Atau mungkin juga kecuaian anak-anak yang tidak tahu menjaga harta benda sendiri, sebab mudah diganti oleh ibu bapa. Menurut kata rakan saya, ada jenis murid yang meminjam terus pakaian rakan lain dan tidak memulangkanya, terutama t-shirt berjenama dan seluar sukan kerana sukakan pakaian itu dan menganggap tidak mengapa berkongsi pakaian dengan rakannya.
Menurut kata guru penyelia asrama yang saya temui, kadang kala pakaian anak-anak di asrama itu tidak hilang atau dicuri, tetapi jatuh ke tanah ketika dijemuran, pasti mereka tidak akan mengambilnya kerana perlu dibasuh semula, dan ada yang merasa terhina mengambilnya semula (ego anak-anak). Pihak pengurusan asrama pernah mengumpulnya dan menghantar kepada dobi untuk membersihkannya, tetapi tiada siapa yang datang menuntutnya semula. Mungkin ada benarnya, kerana setiap kali saya ke asrama menemui anak saya, memang saya lihat berlonggok-longgok pakaian yang jatuh ketanah dari jemuran tidak diambil oleh murid asrama.
Itulah yang merisaukan saya, adakah Aqilah akan mengalami perkara yang serupa?,… kerana hendak menyelamatkan diri, takut dimarahi kerana membiarkan berlaku pembaziran {pakaiannya yang jatuh tidak diambil dari jemuran) tetapi dikatakan hilang diambil oleh rakannya.
Saya katakan tidak larat mengeluarkan belanja berulang-ulang membeli pakaian dan alat tulis ganti dalam tempoh masa yang singkat. Namun, kalau betul pakaian/alat tulisnya benar-benar diambil oleh rakan.yang memerlukannya, maka berniat sedekah sajalah, semoga Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Saya berdoa agar Aqilah bersabar dan meneruskan pengajiannya di SMK Syarifah Rodiah. Tapi ayah tidak mahu memaksa terpulanglah kepada Aqilah Jantung hatiku. Perjalanan hidupmu masih jauh, sayang Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ayah, isteri, ibu bapa saya, mertua dan anak-anak ku serta semua umat Islam lain.

No comments:

Post a Comment