JIKA AKU BOLEH MENGAPA TIDAK

"jika saya dapat melihat lebih jauh daripada kebanyakan orang, ini adalah kerana saya telah berdiri di atas bahu orang-orang yang lebih berjaya”. Isaac Newton : 1642 – 1727)















Setiap Jiwa Yang Dilahirkan Telah Tertanam Dengan Benih Untuk Mencapai KEJAYAAN Dalam Kehidupan; Tetapi Benih Itu Tidak Akan Tumbuh Seandainya Tidak Dibajai Dengan Keberanian Untuk Merebut Peluang Tersedia Di Depan Mata!" Cikgu Yunos























PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2010

Assalamualaikum... KEPADA, IBU BAPA....Adakah Anda Hadapi Masalah Berikut ? •Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak •Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak kita •Tak pasti akan persediaan Peperiksaan anak kita •Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan •Kita terlalu sibuk hingga gagal memantau kerja sekolah anak kita Jika tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah di atas ?MINTALAH NASIHAT KAMI DI PUSAT TUISYEN ILMU INTELEK KAMI MENGAJAR KAEDAH MASTERI LEARNING... BERITA TERKINI KELAS KHAS *BAHASA MELAYU *ENGLISH (SETIAP KHAMIS DAN JUMAAT JAM 8.OOpm HINGGA 10.00pm) "JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUK KITA , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KITA BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN

Monday, January 11, 2010

BACAAN (BOOK REVIEW)

___________________________________________________________________

PERTAMA
TAJUK BUKU : KEPIMPINAN DAN KEBERKESANAN SEKOLAH
PENGARANG : HUSSEIN MAHMOOD
ULASAN BUKU :

Buku ini mengatakan bahawa sekolah yang dikatakan sekolah efektif atau sekolah yang cemerlang/maju dan berjaya, sering dikaitkan dengan usaha pembangunan dalaman sekolah itu sendiri. Usaha ini dimulakan oleh pihak sekolah itu sendiri, iaitu Guru Besar/Pengetua, guru dan pelajar sekolah.
Peningkatan kualiti dan kecemerlangan sekolah tidak berlaku dengan begitu sahaja. Ia perlu dirancang oleh pengurus sekolah. Pengurus sekolah harus mengdiagnos atau mengesan punca-punca penyakitnya yang menyebabkan keadaan yang ada itu wujud, melalui kajian tindakan sebagai asas panduan.
Pengurus sekolah perlu bersedia bagi menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Berdasarkan perspektif inilah, maka buku ini ditulis dengan harapan dapat membantu rakan-rakan sejawat meningkatkan usaha untuk memajukan sekolah masing-masing.


KEDUA
TAJUK BUKU : PEMBACAAN DAN PENINGKATAN BUDAYA ILMU
PENGARANG : SHAHAROM TM SULAIAMAN
ULASAN BUKU :

Buku ini memuatkan tulisan-tulisan pendek penulis yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah-majalah tempatan. Buku ini cuba membahaskan beberapa dimensi pembacaan dan kepentingannya di sudut kemajuan kerjaya, pandangan Islam dan kanak-kanak.
Penulis juga menekankan tentang pentingnya bersikap terbuka di dalam menuntut dan mencari ilmu daripada pelbagai sumber serta mampu menerima pendapat orang yang berbeza dengan pandangan kita.
Penulis telah membuat pengulangan fakta dalam buku ini kerana beliau merasakan ianya ada kebaikan yang tersendiri untuk membiarkan hal ini seperti asalnya sebagai memantapkan idea-idea yang dimaksudkan berulang-ulang.



KETIGA
TAJUK BUKU : BOLEH SAYA TOLONG ANDA
PENGARANG : ZURAIDAH BINTI ABDUL RAHMAN
ULASAN BUKU :

Buku ini merupakan satu catatan rekod mengenai perkembangan konsep ’Pembimbing Rakan Sebaya’ di negara kita. Satu Projek yang dinamakan ’Program Latihan Pembimbing Rakan Sebaya’ telah dijalankan di empat buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Petaling Jaya.
Guru-guru kaunseling dan pelajar-pelajar telah mengambil bahagian di dalam program ini. Melalui interaksi dengan pelajar-pelajar ini, penulis telah berkesempatan memahami dan menyelami perasaan dan aspirasi remaja dan ini telah menggerakkan penulis supaya merakamkan pengalaman ini untuk dijadikan sebagai kenangan.


KE-EMPAT
.
JUDUL BUKU : PENGETUA SEKOLAH YANG EFEKTIF
PENULIS : AYOB JANTAN
PENERBIT : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN : 2005

ULASAN BUKU

Buku ini membincangkan beberapa isu keberkesanan kepimpinan pengetua. Penulis mengatakan bahawa kepimpinan ialah agenda terpenting untuk melahirkan sekolah yang berkesan. Keberkesanan kepimpinan pengetua berkait rapat dengan kompetensi iaitu keupayaan pengetua melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan mencapai piawai yang ditetapkan. Keupayaan pula ditentukan oleh beberapa faktor seperti pengetahuan, kemahiran dan kepakaran serta didukung oleh sikap dan nilai. Seseorang pengetua juga memerlukan kemahiran konseptual, kemahiran kemanusiaan, kemahiran teknikal, kemahiran kepimpinan serta kemahiran menguruskan perubahan. Sementara itu, sikap dan nilai dalaman adalah penting bagi menentukan ketahanan pengetua bagi mengharungi setiap perubahan dan sekaligus memastikan tercapainya Visi dan Misi organisasi. Selain itu, kemantapan sistem sokongan iaitu merangkumi kualiti pengurusan sumber, kemudahan Infrastruktur, sistem komunikasi, sistem pembangunan staf adalah penting dalam pencapaian matlamat organisasi.


KE -LIMA

TAJUK BUKU : UNDANG-UNDANG UNTUK PENGETUA DAN GURU BESAR
PENGARANG : MOHD ISMAIL OTHMAN
PENERBIT : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN : 2003 (KUALA LUMPUR)

ULASAN BUKU

Buku ini merupakan buku perundangan yang membincangkan aspek perundangan dalam Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996. Ia juga memuatkan kes-kes salah laku di sekolah yang pernah didakwa di mahkamah serta lengkap dengan pekeliling-pekeliling ikthisas dari Kementerian Pendidikan. Buku ini dapat membantu pemimpin pendidikan meneliti, memahami dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan. Ia sesuai sebagai sumber rujukan para pendidik, ibu bapa dan bakal-bakal pengetua sekolah. Ia juga memberi panduan dalam mengambil tindakan yang munasabah bagi melindungi diri daripada ancaman pendakwaan di mahkamah.


KE- ENAM

TAJUK BUKU : KEMAHIRAN BERFIKIR MERENTASI KURIKULUM
PENGARANG : ABD. RAHIM ABD. RASHID

ULASAN BUKU :

Buku ini menekankan kepada strategi mengajar kemahiran berfikir, yang melibatkan kemahiran guru dalam menjana perkembangan pemikiran murid. Buku ini juga melihat dan mengemukakan pelbagai dimensi inovasi dan pembaharuan dalam mengajar kemahiran berfikir di sekolah.
Dua domain kemahiran berfikir yang penting dikembangkan dalam mata pelajaran di sekolah ialah melatih pelajar menguasai dan mengembangkan potensi berfikir secara kritis dan kreatif. Pemikiran kritis amat penting untuk membentuk warga negara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan.
Pemikiran kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif, mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistiknya yang tinggi. Gabungan kedua-dua pemikiran ini dapat membentuk pembangunan sahsiah, intelektual dan moral individu yang mantap.



KE-TUJUH
TAJUK BUKU : MINDA MUSLIM SUPER
PENULIS : DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN
PENERBIT : IMTIYAZ, PTS MILLENNIA SDN BHD
HARGA : RM35.00
Ulasan Buku :
Buku ini amat menarik dan ditulis oleh seorang penulis prolifik yang sudah menghasilkan banyak karya-karya bestseller. Karya-karya beliau telah terjual lebih 10,000 naskah dan terus diulang cetak. Buku ini merungkai jawapan kepada persoalan , bagaimanakah Islam berjaya melahirkan manusia yang hebat dalam sejarah tamadun dunia.
Buku ini juga membincangkan tentang khazanah kecemerlangan umat Islam sewaktu zaman kegemilangan Islam sehingga mereka berjaya mencipta tamadun yang dikagumi.

Sejarah membuktikan, umat Islam adalah umat super. Mereka bermula daripada Zero dan berubah menjadi Hero. Di peringkat awal, umat ini dianggap seperti tunggul, tiba-tiba berubah menjadi unggul. Kemudian, umat super ini berjaya mengubah dunia dan ia adalah satu episode yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Segala perkembangan menakjubkan itu didokongi oleh individu-individu yang berupaya menjana kualiti kelas dunia.

Dalam konteks ini, individu-individu itulah yang digelar MUSLIM SUPER.Minda Muslim Super memfokuskan Islam sebagai satu acuan dan modul dalam kehidupan yang mampu melahirkan golongan yang hebat. Golongan yang berupaya mencipta keajaiban. Golongan yang mampu mencipta perubahan. Golongan yang mencipta tamadun hebat yang dihormati. Muslim super dikalangan 10 orang sahabat Nabi Muhammad yang diberikan keistimewaaan luar biasa, dijanjikan syurga walaupun masih belum menghembuskan nafas terakhir merekaTENTU ANDA INGIN TAHU :
Apakah yang dimaksudkan Muslim Super. Mengapakah umat Islam digelar umat super?
Apakah criteria yang melayakkan umat Islam digelar umat Super?
Benarkah Islam melahirkan manusia hebat yang digelar Super? Bagaimana ia dapat dilakukan dalam era moden hari ini?
Siapakah contoh Muslim Super yang dilahirkan dalam sejarah? Apakah kualiti super yang ada pada diri mereka?
Bagaimana saya dapat meningkatkan kualiti diri menyamai kualiti Muslim Super itu
Selain itu, buku ini juga meneroka rahsia kehebatan ikon-ikon hebat Muslim Super.
Sewaktu membaca buku ini, saya berasa kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan umat Islam sebagai satu golongan yang ‘super’, boleh menguasai dunia dan dikagumi. Acuan kehebatan ini bermula daripada ‘minda’ bertepatan dengan ayat iqra’ sebagai ayat yang mula-mula diturunkan yang memberi penekanan kepada pentingnya penguasaan ilmu dan kemantapan minda.
UMAT YANG SUPERMengikut Merriam-Webster’s Online Dictionary di http://www.m-w.com/dictionary, perkataan super dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud, “Over, above… over and above: higher in quantity, quality, or degree than… : exceeding or so as to exceed a norm… : surpassing all or most others of its kind… : superior in status, title, or position.”Mengikut The Pocket Oxford Dictionary (Oxford University Press), super bermaksud, “1- above, beyond, or over (superstructure; supernormal). 2- to an extreme degree (superabundant). 3- extra good or large of its kind (supertanker). 4- of a higher kind.”Justeru perkataan super dapat diertikan sebagai ‘sesuatu yang lebih tinggi (atau baik) mutu, darjat, taraf kedudukannya serta sesuatu yang unggul’ dan pada hari ini ia menjadi sebahagian daripada bahasa Malaysia. Sebagai contoh dalam Dewan Eja Pro, ungkapan berhubung minyak berkualiti tinggi, iaitu, ‘petrol with high octane rating’ diterjemahkan sebagai ‘minyak super’ dalam bahasa Malaysia.Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat yang super. Mereka bermula dari zero (kosong) kemudian berubah menjadi hero. Di peringkat awal umat ini dianggap seperti tunggul, tiba-tiba ia berubah menjadi unggul.
Kemudiannya, umat super ini berjaya mengubah dunia. Berhubung dengan kejayaan ini, A.M. Lothrop Stoddard di dalam The New World of Islam (Ross & Perry, New Jersey, 2002) berkata, “Kebangkitan Islam merupakan satu episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia. Ia lahir di bumi yang tidak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.
Dalam proses itu, ia meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia Islam.”
Akhir sekali buku ini menggarap tentang ciri-ciri Muslim Super berdasarkan piawaian
Allah seperti yang dijanjikanNya Justeru itu, bacalah buku ini untuk menjadi salah seorang daripada umat yang super.
Isi KandunganMengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?Prakata
Bab 1 Umat Yang Super
Bab 2 Acuan Bernama Islam
Bab 3 Ciri-ciri Keunggulan Islam
Bab 4 Sistem Amal Yang Membawa Kepada Keunggulan
Bab 5 Sistem Kepercayaan Menuju Keunggulan
Bab 6 Cara Beriman Kepada Allah
Bab 7 Cara Beriman Kepada Malaikat
Bab 8 Cara Beriman Dengan Kitab Allah
Bab 9 Cara Beriman Dengan Para Nabi
Bab 10 Qada Dan Qadar Melonjakkan Produktiviti
Bab 11 Hari Kiamat Dan Pancaroba Akhir Zaman
Bab 12 Epilog: Contoh Umat Super



KE - LAPAN
TAJUK BUKU : PENGURUSAN STRATEGIK
PENULIS : EDARIS ABBU BAKRI
PENERBIT : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN : 2007 (KUALA LUMPUR)

Ulasan :

Buku ini menghuraikan bagaimana pengurusan strategik dapat diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Buku ini juga telah mengupas konsep-konsep penting tentang pengurusan strategik dan bagaimana untuk membina pengurusan strategik dengan baik.
Pengurusan strategik merupakan kaedah yang sesuai diamalkan untuk memastikan organisasi pendidikan mampu bertahan dalam arus globalisasi yang semakin mencabar. Ini kerana untuk mebuat pengurusan strategik pelbagai faktor akan dipertimbangkan seperti keadaan masa kini dan keadaan yang dikehendaki. Pengurus sesebuah organisasi yang membuat pengurusan strategik sentiasa berasa yakin dalam tindakannya dan dapat memastikan segala tindakannya tidak tergelincir dari landasan serta menjurus ke arah misi dan visi yang telah ditetapkan.
Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada warga pendidik dan juga pelajar pengajian tinggi yang ingin mendalami bidang pengurusan strategik.


KE - SEMBILAN
TAJUK BUKU : KEPIMPINAN DAN KEBERKESANAN SEKOLAH
PENGARANG : HUSSEIN MAHMOOD
PENERBIT : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN : 2005

Buku ini mengatakan bahawa sekolah yang dikatakan sekolah efektif atau sekolah yang cemerlang, maju dan berjaya, sering dikaitkan dengan usaha pembangunan dalaman sekolah itu sendiri. Usaha ini dimulakan oleh pihak sekolah itu sendiri, iaitu Guru Besar atau Pengetua, guru-guru dan pelajar.
Peningkatan kualiti dan kecemerlangan sekolah tidak berlaku dengan begitu sahaja. Ia perlu dirancang oleh pengurus sekolah. Pengurus sekolah harus mendiagnos atau mengesan punca-punca penyakitnya yang menyebabkan keadaan yang ada itu wujud.
Pengurus sekolah perlu bersama-sama membantu kerajaan menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dengan memberikan latiihan kemahiran dan ilmu yang berkesan kepada pelajar. Berdasarkan perspektif inilah buku ini ditulis dengan harapan dapat membantu pengurus-pengurus sekolah meningkatkan usaha untuk memajukan sekolah masing-masing.



KE – SEPULUH

TAJUK BUKU : DARE TO FAIL ( BERANI GAGAL )
PENGARANG : BILLI P. S. LIM
PENERBIT : HARDKNOCKS FACTORY SDN BHD
TAHUN : 1997- 2000 EDISI KE -LIMA
MUKA SURAT : 370

Buku ini merupakan penghormatan kepada mereka yang berani gagal. Dalam buku Berani Gagal ini, pembaca akan dibawa untuk meneliti tentang sifat dan punca kegagalan iaitu satu perkara yang jarang diberikan tempat dalam kehidupan.
Inilah perkara yang cuba Bill Lim sampaikan kepada kita menerusi bukunya yang bertajuk “Berani Gagal”. Dalam buku ini, terdapat begitu banyak contoh teladan yang boleh kita jadikan sebagai panduan untuk cemerlang. Buku ini tidak menceritakan bagaimana untuk terus kekal cemerlang, tetapi lebih menjurus kepada bagaimana kegagalan itu boleh menjadi penjana kecemerlangan.
Langitnya tenang di Pulau Bertam,
Berpuput bayu dek senja nan merah,
Apa dikenang sejarah yang hitam,
Kiranya gunung hendak dilangkah.
Buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana ia membawa kita berfikir bagaimana penemuan-penemuan yang menguntungkan manusia dilakukan oleh mereka yang pernah gagal.
Bercerita tentang buku Berani Gagal ni telah membuka dimensi baru penghayatan tentang kejayaan seseorang yang ternama sekarang. Billi Lim mengambil motivasi dari sudut kegagalan demi kegagalan yang bermula dengan diri penulis sendiri. Tak terkecuali dengan cerita kegagalan Tun Daim Zainudin yang menceritakan kisah kejayaan hidup dalam biografinya dulu sebelum berjaya dan terus berjaya. Kebanyakan penulis lain bercerita banyak tentang kejayaan seseorang tapi amat sedikit bercerita tentang cerita di sebalik kejayaan seseorang. Thomes Edison juga pernah menyelitkan cerita dalam biografinya di tentang kegagalan dalam perjalanan mencipta mentol yang kita guna sekarang.

Berakit- rakit ke hulu,
Berenang- renang ke tepian,
Bersakit- sakit dahulu,
Bersenang- senang kemudian

Dan…. dalam buku Berani Gagal juga diselitkan minda separa sedar yang power and law of Attraction. Bagaimana menggunakan kuasa minda ketika kita mengalami kegagalan dan mengawalnya supaya kita bangkit semula dengan gagahnya.
Nak dengar cerita lebih lanjut lagi???? Beli la sendiri ye…. Tak rugi melabur untuk diri sendiri.
Kita tidak perlu meratap kegagalan yang telah menimpa kita sebaliknya, lihat kegagalan itu sebagai satu perkara yang akan memberi satu sinar harapan baru ke arah kecemerlangan. Jangan sesekali terkenang akan kegagalan tetapi belajar dari kegagalan. Billi Lim ada menyentuh tentang seksaan, masalah, kesukaran dan penderitaan yang seseorang itu mengalami kegagalan. Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa kebanyakan daripada kita amat benci terhadap seksaan dan penderitaan. Tetapi, hanya apabila kita memahami dengan lebih lagi tentang kedua perkara ini, barulah kita lebih mampu menanganinya apabila perkara- perkara tersebut berlaku
Ada ketikanya, terlintas di fikiran kita, hidup tidak adil. Kenapa perlu ada manusia yang cemerlang dan ada yang kecundang? Pernahkah pula kita fikir, sebenarnya seseorang itu telah menemui kegagalan sebelum meraih kejayaan.
Hidup ibarat putaran roda. Adakalanya, kita berada di atas dan ada ketikanya kita berada di bawah. Apabila kita berada di bawah, kita lebih banyak menimba pengalaman bagaimana untuk meletakkan diri kita di atas. Penat lelah dan susah payah kita yang mendorong untuk kita naik ke atas. Akhirnya, kita akan berjaya sampai di atas. Orang yang berada di atas pula, tidak rasa apa yang kita rasa kerana mereka seolah- olah berada di zon selesa. Apa yang mereka tahu adalah untuk mencari formula untuk sentiasa kekal di atas.
Melalui buku ini, pembaca diajak untuk melakukan anjakan paradigma iaitu untuk tidak takut bercakap tentang kegagalan dan sejarah buruk mereka. Pemikiran yang sentiasa memandang rendah, menolak dan menghukum mereka yang pernah gagal mestilah diubah untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan.
Sekolah merupakan sebuah pusat inteligensia yang begitu menakjubkan. Hal ini kerana, di situlah anak- anak akan mula belajar untuk bermasyarakat dan menyemai nilai- nilai yang harmoni. Hal ini kerana, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) iaitu bagi memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sekaligus dapat mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan Negara. Kita seharusnya terus pandang ke hadapan dan sentiasa bersikap positif dalam merealisasikan hasrat FPK demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang unggul di mata dunia
Buku ini sangat sesuai dibaca samada oleh pelajar, pemimpin ataupun mereka yang berjiwa besar. Buku ini berjaya meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk membuat sesuatu yang baru.
Dalam hidup kita seringkali kita menemui kegagalan sehingga kita cenderung untuk takut terhadap kegagalan, Sebenarnya bila kita mau melihat hikmah yang terdapat pada kegagalan tersebut, maka kita akan menemui kejayaan yang sangat manis terasa.
Jika anda ingin mengenal potensi diri anda lebih jauh, maka cara terbaik adalah milikilah buku ini dan pelajarilah rahasia potensi diri anda yang terdapat di dalamnya. Maka anda akan dengan mudah mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian anda. Dan kegagalan tidak akan pernah menjadi bahagian yang menakutkan lagi, namun berganti menjadi sahabat penghantar kecemerlangan pada diri anda.
Perbandingan yang boleh saya buat ialah usaha untuk mencapai kejayaan adalah lebih bermakna daripada usaha untuk mengekalkan kejayaan. Dalam perjalanan untuk menaiki tangga kejayaan itu, mesti ada melakukan kesilapan. Belajar dari kesilapan merupakan usaha yang sangat menarik untuk mencapai kejayaan. Malangnya, tidak ramai yang mempunyai sikap sedemikian.
Segala isi yang terkandung di dalam buku Berani Gagal sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat begitu banyak memberikan 1001 panduan yang berguna dalam menjalani kehidupan seharian. Jangan takut untuk melakukan perubahan! Berani menempuh segala dugaan dan cabaran! Kita pasti di mercu kejayaan!

Antara Kata-Kata Hikmah Yang Dikutip Dalam Petikan Adalah :

Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki si pemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)

Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)

Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa di situlah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)
Antara Kata-Kata Hikmah Yang Dikutip Dalam Petikan Adalah :

1.Saya telah lebih banyak belajar daripada kesilapan2 saya daripada kejayaan2 saya (Sir Humphry Davy)2. Kita tidak belajar daripada kejayaan2 kita, kita belajar daripada kegagalan2 kita (John Naisbitt - Pengarang Megatrends Asia)3. Kita lebih banyak mendapat kebijaksanaan daripada kegagalan berbanding dengan kejayaan. Kita sering mengetahui apa yang akan kita buat dengan menentukan apa yang tidak akan kita buat. Dan semungkinnya orang yang tidak pernah membuat kesilapan tidak pernah juga membuat penemuan (Samuel Smiles)4. Watak tidak boleh dibina dengan mudah dan senyap2. Hanya melalui pengalaman2 dugaan dan penderitaan sahaja semangat boleh diperteguh, wawasan diperjelas, cita2 diilhami dan kejayaan dicapai. (Helen Keller)5. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman2 getir untuk menzahirkan keunggulan anda (Richard Nixon)6. Hanya setelah menuruni lembah yang terdalam barulah anda dapat menilai keindahan gunung yang tertinggi (Richard Nixon)7. Terdapat faedah praktis yang terbaik dalam mengalami beberapa kegagalan awal2 lagi dalam hidup (Thomas Henry Huxley)8. Kesusahan dan kekalahan membolehkan kita mengembangkan akal kita dan maju ke hadapan (Thomas Henry Huxley)9. Berlian itu adalah sebutir arang batu yang menjadi unggul akibat tekanan (Tidak bernama)10. Kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pada pencapaian. Usaha sempurna itu adalah kemenangan sempurna (Mahatma Ghandi)
11. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan - separuh daripada keseronokannya terdapat dalam menuju ke sana (Gita Bellin)12. Orang yang gagal dalam hidupnya ialah orang yang hidup dan gagal belajar.13. Kebanyakan orang membuat satu kesilapan yang sama ... dengan menganggap kegagalan sebagai musuh kejayaan.... anda semestinya mempergunakan kegagalan untuk kebaikan anda..... Teruslah mara dan buatlah segala kesilapan. Buatlah sebanyak mana yang mungkin anda buat. Kerana ingatlah bahawa di situlah tempat anda menemui kejayaan - di sebalik kegagalan. (Thomas Watson - IBM)14. Kekuatan dan perkembangan hanya terhasil melalui usaha dan perjuangan berterusan.15. Kita tidak mungkin menemukan lautan baru jika kita tidak berani belayar jauh dari pantai.16. Orang yang tidak mempunyai cukup keberanian untuk bermula itu sememangnya telah pun tamat. (Unanimous)17. Hidup ini sama ada suatu pengembaraan yang mencabar dan berbahaya ataupun tiada apa-apa (Helen Keller)18. Sebatang anak tangga itu bukanlah dimaksudkan sebagai tempat merehatkan sebelah kaki si pemanjatnya, tetapi sekadar sebagai tempat berpijak sejenak cukup untuk membolehkannya meletak kaki yang sebelah lagi di suatu tempat yang lebih tinggi (Thomas Henry Huxley)19. Satu-satunya orang yang tidak membuat kesilapan adalah orang yang tidak berbuat apa-apa. Janganlah takut kepada kesilapan dengan syarat anda tidak mengulangi kesilapan yang sama (Roosevelt)20. Tiap-tiap orang mempunyai bakat. Apa yang berkurangan adalah keberanian untuk menyusuli bakat itu ke tempat gelap yang ditujuinya (Enic Jang)21. Orang terganggu bukannya oleh perkara yang berlaku, tetapi oleh pendapat mereka tentang yang berlaku (Epitetus)22. Banyak bakat yang terbazir hanya kerana kekurangan sedikit keberanian. Setiap hari menyaksikan pengebumian orang-orang yang sungguh menghampakan yang sifat penakut mereka menghalang mereka daripada membuat percubaan pertama (Sydney Smith)23. Bersusah hati tentang apa yang tidak anda miliki adalah membazirkan apa yang anda mlliki (Ken Keyes)24. Muda atau tua itu bukannya bergantung pada tarikh masa, tetapi keadaan jiwa. Tugas kita bukanlah menambah usia kepada kehidupan kita, tetapi menambah kehidupan kepada usia kita (Myron J. Taylor)25. Fikiran yang disemai, tindakan yang dituai.Tindakan yang disemai, tabiat yang dituai.26. Tabiat yang disemai, peribadi yang dituai. Peribadi yang disemai, nasib yang dituai (Unanimous)27. KEJAYAAN DAN KEGAGALAN⌂ Aku tidak memilih untuk menjadi insan biasa⌂ Adalah hakku untuk menjadi berbeza⌂ Aku mencari kesempatan, bukannya keterjaminan⌂ Tidak kuingin menjadi warga peliharaan⌂ Lemah dan terpedaya dek terbiasa dengan jagaan negara⌂ Aku ingin mengambil risiko terhitung⌂ Untuk mengimpikan dan membina, untuk gagal dan berjaya⌂ Galakan tidak kan kutukarkan dengan elaun pengangguran⌂ Lebih kusukai cabaran hidup daripada elaun pengangguran⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada elaun pengangguran⌂ Lebih kugemari cabaran hidup daripada kewujudan lesu yang terjamin⌂ Keghairahan pencapaian daripada kesempurnaan hambar⌂ Tidakkan ku perdagangkan kebebasan dengan derma sumbangan⌂ Tidak juga maruah dengan sedekah⌂ Tidak kan aku ketakutan di hadapan sebarang tuan⌂ Tidak juga kan kutunduk kepada sebarang ugutan⌂ Sudah menjadi warisanku untuk sentiasa berdiri teguh⌂ Bangga dan tidak gentar⌂ Berfikir dan bertindak untuk diri sendiri⌂ Dan menghadapi dunia dengan penuh berani⌂ Dan berkata 'Inilah yang kulakukan'⌂ Inilah erti sebenarnya menjadi seorang manusia berjaya.


KE – SEBELAS
TAJUK BUKU : PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH
PENGARANG : HAIRUDDIN MOHD. ALI DAN MUHAMMAD BUSTAMAN ABDUL MANAF
PENERBIT : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN : 2009


ULASAN :

Penulis buku ini, Hairuddin Mohd. Ali adalah seorang pensyarah dalam bidang Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Manakala, Muhammad Bustaman Abdul Manaf adalah pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
Buku ini memberi fokus utama pada cara untuk menterjemahkan atau menghubungkan hala tuju institusi kepada strategi dan pelan operasi secara sistematik dan praktikal. Perancangan strategik merupakan agenda penting di sesebuah sekolah kerana melalui perancangan strategik, sekolah akan dapat merencana hala tuju yang akan dicapai secara terancang dan mengikut keupayaan yang boleh dicapai oleh sekolah tersebut.
Selain itu perancangan strategik juga dapat menyatupadukan seluruh warga sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan baik dalam kurikulum, kokurikulum, sahsiah, pengurusan dan pentadbiran kerana semasa pembinaan perancangan strategik ini semua perkara dipersetujui dan disepakati bersama seluruh warga sekolah. Seluruh warga sekolah juga turut membudayakan hasrat yang ingin dicapai kerana mereka tahu hala tuju sekolah tersebut dan perkara yang disasarkan melalui visi dan Misi utama sekolah.
Perkataan `Strategik` berasal dari bahasa Greek “Strategos” yang membawa maksud “Fungsi seorang jeneral”. Oleh kerana itu, pengunaan awal strategi menurut erti kata biasa tentera bermaksud “kepakaran seorang jeneral”. Dalam ketenteraan, istilah ini digunakan sebagai tindakan yang diambil oleh ketua tentera untuk sentiasa berada dalam keadaan mengatasi musuh..


Buku ini juga, telah menyediakan contoh yang jelas bagi membina Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators (KPI), khususnya dalam pengurusan strategik institusi pendidikan awam seperti sekolah. Malah, pelan strategik pembangunan sekolah dihuraikan dengan jelas supaya dapat menjadi asas untuk menyediakan kertas atau dokumen penting seperti permintaan untuk cadangan (Request For Proposal - RFP) atau permintaan untuk cadangan perancangan (Request For Planning Proposal ).

Antara pernyataan matlamat strategik yang dibincangkan dalam buku ini adalah : * Membangunkan modal insan kelas pertama
Merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dengan di luar bandar.
Meningkatkan pencapaian akademik pelajar, membentuk pelajar bersahsiah tinggi.
Memperkukuh jalinan hubungan kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti.
Memastikan akauntabiliti terhadap pengurusan kewangan dilaksanakan dengan cekap dan
Berkesan
Dalam merencanakan hala tuju kecemerlangan sekolah misi / visi bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah yang dinyatakan dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) perlu diberi keutamaan oleh pentadbir atau pengetua sekolah.
Terdapat sembilan bidang kepimpinan dan pengurusan sekolah yang dinyatakan dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM).

Kompetensi bermaksud sebarang ciri yang ada pada seseorang individu yang boleh membezakan aras prestasi(kecekapan) mana-mana tugasan, peranan, organisasi atau budaya.

Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) ini, digubal berteraskan kepada Rukun Negara, Wawasan 2020, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta berlandaskan teori-teori yang berkaitan pendidikan kini. SKKSM telah menyediakan standard kompetensi dalam sembilan bidang iaitu: :
§ Pengurusan Organisasi
§ Pengurusan Kurikulum
§ Pengurusan Kokurikulum
§ Pengurusan Hal Ehwal Murid
§ Pengurusan Kewangan
§ Pengurusan Pentadbiran Pejabat
§ Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal
§ Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
§ Pengurusan Perhubungan Luar
Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) seharusnya dipatuhi oleh setiap pentadbir atau pengetua yang diberi amanah oleh KPM.

BAB SATU Perancangan Pembangunan Sekolah Pengertian Pengurusan Strategik Pengertian Perancangan Strategik
Perancangan Strategik Pembangunan Sekolah
Kepentingan Menguasai Kemahiran Pengurusan Strategik
Peranan Sebagai Perancang Strategik
BAB DUA Mendapatkan Persetujuan Terhadap Proses Perancangan Strategik Praperancangan Penyediaan Maklumat Latar Belakang Organisasi
Kajian Mengenai Kepengikutan Di Malaysia
BAB TIGA Mendefinisikan Hala Tuju Organisasi Hala Tuju Organisasi Membina Budaya dan Nilai Organisasi Perancangan Strategik SekolahMembina atau Menyemak Pernyataan Misi Membina atau Menyemak Pernyataan Visi
BAB EMPAT Mengumpul Maklumat untuk Tujuan Analisis Persekitaran Analisis Persekitaran Kaedah Menganalisis Maklumat Persekitaran Organisasi Menganalisis Persekitaran Bagi Mengenal Pasti Kekuatan
Kelemahan, Peluang dan Cabaran (atau Ancaman) Peranan Pendekatan SWOC dalam Membina Strategi Berkesan Analisis Kekuatan dan Kelemahan Sumber Dalaman Organisasi
Analisis Persekitaran Luaran Organisasi: Peranan Pengimbasan,Pemantauan, Keperisikan Kompetitif, dan Ramalan
BAB LIMA Mengenal Pasti dan Memilih Isu-isu Strategik Isu, Matlamat, Objektif, Pengukuran, dan Sasaran Matlamat Strategik, Objektif, Pengukuran (KPI) dan Sasaran
Bahagian 2 FORMULASI STRATEGIK
BAB ENAM Penjanaan Strategi Dalam Organisasi Strategi dan Pelan Taktikal Penjanaan Strategi Hubungan antara Isu, Matlamat, Objektif, KPI, Sasaran, dan Strategi Penurunan (Cascading) Perancangan Ke Peringkat Bawah Penjanaan dan Pemilihan Pelan Taktikal
Pembinaan Pelan Operasi Bahagian 3 IMPLEMENTASI STRATEGIK
BAB TUJUH Strategi Adalah Untuk Dilaksanakan
Implementasi Strategik Garis Panduan Untuk Kejayaan Pelan Strategik Langkah-Langkah Pelaksanaan Selepas Penyediaan Perancangan Pendekatan Balanced Scorecard bagi Melaksanakan Strategi
BAB LAPAN Memantau Implementasi Strategik Penilaian Prestasi dan Penambahbaikan Berterusan Pelaporan Prestasi Implementasi Strategik Adakah Anda Seorang Pemimpin Strategik?
BAB SEMBILAN Pengenalan Kerangka dan Susunan Penulisan Pendokumentasian Perancangan Strategik Kesilapan Tanggapan dalam Proses Pengurusan Strategik Faktor Berlakunya Kesukaran dan Kegagalan dalam PerancanganStrategik
Proses Praperancangan Hala Tuju : Mandat, Misi, Visi & Misi, dan Visi Implisit Analisis Persekitaran Peringkat Organisasi [Analisis SWOC/SWOT] Isu, Matlamat, Objektif, KPI, dan Sasaran (Target) Strategi, Pelan Taktikal Pelan Operasi Implementasi Strategik Penilaian prestasi dan penambahbaikan berterusan


KE – SEBELAS
TAJUK BUKU : TENAGA DAN KEREMAJAAN MINDA
PENGARANG : ABDUL FATAH HASAN
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
TAHUN : 2006


ULASAN BUKU












KE – DUABELAS

TAJUK BUKU : GURU KHAS PEMULIHAN FUNGSI DAN MASALAH
PENGARANG : ROBIAH KULOP HAMZAH
PENERBIT : JIWA EMAS PRINTERS SDN BHD
TAHUN : 1992

Ulasan

Buku Guru Khas Pemulihan : Fungsi dan Masalah merupakan buku yang pertama di Malaysia meneroka bidang ini, bertujuan untuk mengupas teori dan falsafah pengajaran pemulihan secara mendalam serta menyeluruh, dan memberi tumpuan khusus kepada pendedahan tentang fungsi dan masalah guru khas pemulihan berdasarkan temu ramah peribadi penulis dengan guru khas pemulihan serta menghuraikan implikasi dan saranan yang dapat dijadikan bahan perbincangan bersama para pendidik. Buku ini amat berfaedah kepada semua golongan pendidik dan yang terlibat dengan profesion perguruan di Malaysia



WAWASAN KERJAYA

Perancangan merupakan item penting dalam kehidupan. Tanpa perancangan, seseorang itu tidak akan dapat mencapai apa yang diinginkan. Melalui pengetahuan yang diperolehi terutamanya dalam Pengurusan Perancangan Strategik, saya ingin meningkatkan kedudukan ke tahap yang tertinggi dalam kepimpinan dunia pendidikan. Peningkatkan dalam kerjaya yang saya ceburi akan dapat memberikan kepuasan kendiri dari segi pencapaian dan secara tidak langsung merupakan pengiktirafan orang lain (majikan) terhadap sumbangan yang selama ini saya curahkan dalam dunia pendidikan.
Peningkatan kerjaya amat penting bagi saya kerana peningkatan ini akan memotivasikan saya untuk berusaha lebih gigih selaras dengan peningkatan tanggungjawab dan tugas yang digalas. Peningkatan kerjaya juga akan memberikan satu suntikan motivasi untuk saya terus mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran agar sentiasa relevan dengan perubahan zaman, lebih berdaya maju, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran yang mendatang.
Peningkatan kerjaya juga bermaksud akan berlaku peningkatan dari segi kuasa dan pengaruh terhadap kepimpinan saya. Dengan kuasa dan pengaruh yang ada akan membolehkan saya mengemukakan serta melaksanakan idea-idea yang lebih agresif, progresif dan dinamik berkaitan dengan sistem pendidikan yang diamalkan. Sebelum bersara dalam dunia pendidikan ini, adalah menjadi suatu kepuasan kepada saya sekiranya dapat turut serta mencetuskan idea-idea yang lebih inovatif berkaitan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara. Usaha-usaha ini adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment