JIKA AKU BOLEH MENGAPA TIDAK

"jika saya dapat melihat lebih jauh daripada kebanyakan orang, ini adalah kerana saya telah berdiri di atas bahu orang-orang yang lebih berjaya”. Isaac Newton : 1642 – 1727)















Setiap Jiwa Yang Dilahirkan Telah Tertanam Dengan Benih Untuk Mencapai KEJAYAAN Dalam Kehidupan; Tetapi Benih Itu Tidak Akan Tumbuh Seandainya Tidak Dibajai Dengan Keberanian Untuk Merebut Peluang Tersedia Di Depan Mata!" Cikgu Yunos























PROGRAM CUTI SEKOLAH DISEMBER 2010

Assalamualaikum... KEPADA, IBU BAPA....Adakah Anda Hadapi Masalah Berikut ? •Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak •Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak kita •Tak pasti akan persediaan Peperiksaan anak kita •Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak kita masih gagal memperolehi keputusan yang diharapkan •Kita terlalu sibuk hingga gagal memantau kerja sekolah anak kita Jika tuan-tuan & puan-puan menghadapi masalah di atas ?MINTALAH NASIHAT KAMI DI PUSAT TUISYEN ILMU INTELEK KAMI MENGAJAR KAEDAH MASTERI LEARNING... BERITA TERKINI KELAS KHAS *BAHASA MELAYU *ENGLISH (SETIAP KHAMIS DAN JUMAAT JAM 8.OOpm HINGGA 10.00pm) "JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUK KITA , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KITA BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN

Thursday, December 30, 2010


2010 MELABUHKAN TIRAI SELAMAT DATANG TAHUN 2011
Menjelang tahun baru, ramai dari kita yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram. Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.
Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka

Rasulullah bersabda maksudnya;
“Termasuk dalam golongan dosa besar ialah perbuatan seseorang memaki ibu bapanya , lalu sahabat bertanya bagaimana seseorang itu memaki ibu bapanya? Baginda menjawab seseorang memaki ayah orang lain lalu orang itu membalas dengan memaki ayah orang tersebut dan ia mencaci ibunya lalu ia membalas dengan mencaci ibu orang tersebut”.
(HR Bukhari dan Muslim)
Anak yang soleh akan menjaga nama baik dan maruah ibu bapanya dalam pergaulan dengan rakan-rakannya. Dia hendaklah mengamalkan akhlak yang terpuji dikalangan rakan-rakannya dan secara tidak langsung maruah ibu bapanya dipandang mulia.

SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI SEMULA KE UNIVERSITI MALAYA

Salam,
Ilmu itu adalah tunggak kepada iman dan kepercayaan. Ilmu dan para ilmuan mendapat tempat yang amat tinggi di sisi agama. Tanpa ilmu yang membawa kepada kebenaran, seseorang itu dianggap jahil. Maka para ilmuan harus disanjung dan dihormati dan dijadikan model untuk , diturut dan segi sikap, nilai dan kelakuan. Sekiranya konsep ini diperluas dan diamalkan, maka ilmu itu akan memelihara kita dan segala perkara yang negatif. Selamat Tahun Baru 2011

Warisan 2011


WARISAN



Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ..ku terbuang tak Di terima
Andai aku di singkirkan
Kemana harus ku bawakan
Kemana harus ku semaikan...cinta ini..

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan barat ku jejaki........

Aku bukanlah seorang perwira...
gagah menghunus senjata

Namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri …
Demi cinta ini...

Ku ingin kotakan seribu janji...
sepanjang kedewasaan ini

Ku ingin sampaikan pesanan...
Aku - lah penyambung warisan...

Sajak Bulan Ramaddhan

Buat Ingatan Diriku


Ramadhan
Satu per tiga Ramadhan telah pun berlalu

Masa begitu pantas pergi meninggalkan ku
Tapi amal ibadah ku tetap macam dulu
Tiada peningkatan yang berlaku
Quran, zikir, sedekah macam yang seperti selalu
Aduh! alangkah rugi nya diri ku
Aduhai susahnya nak didik nafsu

Walau syaitan diikat dibelenggu
Namun nafsu dalam diri datang mengganggu
Menyebabkanku sering kalah lemah lesu
Iman lemah tak terlawan dek nafsu yang menipu
Sampai bilakah aku mahu jadi kaku?

Tak berganjak ditampuk dahulu
Takde peningkatan langsung yang dilaku
Walau Ramadhan menjanjikan pahala beribu
Tapi diri ku masih asyik leka tertipu selalu
Ayuh! bangunlah bergerak buat islah diri mu
Sekarang juga jangan ditunggu-tunggu


Kerna ajal maut kau tak tau
Entah esok entah lusa roh bakal meninggal jasadmu
Semoga Allah Robb yang hanya satu

Terus memberi petunjuk hidayah dan kekuatan untuk ku


Dalam menempuhi Ramadhan yang terus dan terus dan terus saja berlalu
Tanpa memperdulikan apa yang ku laku
Akan datang, sekarang atau yang telah lalu


Ramadhan pasti pergi meninggalkanku

Yaa Robbi….Yaa Allahu Allahu…
Robbighfirli maafkan kelemahanku


Ampunkan segela dosaku kini dan yang telah lalu
Menagih simpati memohon keampunan hanya dariMu…
Semoga aku tidak mempersiakan baki 2 pertiga lagi Ramadhan yang ada

Bingkisan..buat anak-anak didikku

Saturday, December 4, 2010


Karangan Jenis Laporan

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tuliskan satu laporan tentang lawatan tersebut.

LAPORAN LAWATAN SEKOLAH KEBANGSAAN DATO NANING, ALOR GAJAH KE MELAKA

Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Dato Naning telah mengadakan lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami seramai 40 orang murid dan 5 orang guru pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.Tujuan lawatan ini adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid. Sebelum kami bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Azian. Kami bertolak pada pukul 7.00 pagi. Kira-kira pada pukul 7.40 pagi, kami berhenti untuk bersarapan di Restoran Pinang Besar, Cheng. Kami meneruskan perjalanan kira-kira setengah jam kemudian.Kami tiba di Zoo Melaka iaitu tempat pertama lawatan kami pada pukul 9.00 pagi. Kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah dan lain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 12.30 tengah hari, kami pergi ke Taman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari yang telah disediakan oleh guru pengiring. Pada pukul 1.30 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan sejarah di Zaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai cenderamata dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah sebagai tanda kenangan.Pada pukul 3.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri Model Kapal Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka pada zaman dahulu. Selain itu juga, kami dapat menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya Melaka dari atas. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas, gembira, kagum dan sebagainya.Pada pukul 4.00 hingga 5.30 petang, kami singgah pula di sebuah pasaraya besar di bandaraya ini. Di pasaraya ini, terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pakaian, alat-alat elektronik, dan sebagainya.Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Al-Azim, Negeri Melaka untuk bersembahyang maghrib dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 8.00 malam. Kami berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut. Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi. Laporan disediakan oleh.
......................................................
(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi) 10 NOVEMBER 2010

Thursday, December 2, 2010


Perbuatan yang TIDAK WAJAR dilakukan oleh ibu bapa :
1.Menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul , merotan dan mendera anak yang gagal . Ini akan menambahkan lagi ketakutan dan membuatkan mereka fobia untuk belajar .

2.Menggunakan ancaman lisan seperti memaki , menyumpah dan mengugut mereka . Ini akan membunuh semangat mereka untuk membaiki kelemahan yang sedia ada .

3.Menyerah bulat-bulat mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Pemikiran ini tidak boleh diterima pakai kerana seseorang guru itu mempunyai 30 - 40 orang murid lain untuk diberi perhatian . Masalah masa juga membataskan perhatian guru .

4.Menyerang dan menyalahkan guru-guru semata-mata jika anak tersebut gagal . Sikap tidak profesional ini akan melunturkan semangat guru dan menimbulkan persepsi yang negatif ibubapa dan anak tersebut di mata guru . Ia juga akan menjatuhkan imej dan maruah seseorang guru di kaca mata sekolah dan masyarakat .

5. Membandingkan seseorang guru dengan guru yang lain . Sebenarnya , setiap guru mempunyai kaedah dan teknik pengajaran mereka tersendiri berdasarkan opsyen mereka .

6.Tidak pernah menghadiri hari terbuka , perjumpaan dan taklimat anjuran sekolah atau PIBG. Aktiviti anjuran pihak sekolah dan PIBG ini adalah sangat penting untuk ibubapa mengetahui cara pengajaran yang spesifik dan kaedah yang terkini di samping mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka . Sesungguhnya apa yang dinyatakan di atas adalah satu bentuk cadangan yang harus diterima pakai dan direnung sedalamnya oleh seseorang ibubapa . Sikap prihatin , kasih sayang , belaian dan psikologi juga adalah faktor tambahan untuk anak-anak lebih cerdas , cergas dan matang dalam kehidupan mereka. Akhirkata , peranan guru dan ibubapa dalam soal pendidikan anak-anak sehaluan arahnya dan senada pentingnya . Keduanya saling sokong menyokong dan bertaut kukuh . Bagaimana rupa bentuk masa depan , di sinilah umbinya yang sedang di semai. Benarlah sabda Rasulullah SAW " Anak-anak itu umpama lain putih , maka ibubapanya lah yang bertanggung jawab menjadikannya ia Majusi atau Nasrani "

Anak-anak adalah amanah Allah kepada kita. Didikan yang sempurna akan menjadikan mereka permata negara yang berharga.


Anak-anakku.....kaulah sumber ilhamku...sayang
MENGAPA ANAK KITA MASIH GAGAL.............. Dibawah ini , diperturunkan beberapa langkah dan cara yang boleh dimainkan oleh seseorang ibubapa . Mungkin cara ini boleh membantu ibubapa sekalian menangani masalah pelajaran anak dan meningkatkatkan lagi keupayaan mereka di masa depan .Antara kaedah dan cara tersebut ialah : - 1.Sentiasa menyemak buku latihan dan buku kerja anak-anak setiap hari . 2.Sentiasa bertanya mengenai pengajaran pembelajaran guru-guru di sekolah . Apakah mereka tertarik atau sebaliknya . 3.Sentiasa bertanya mengenai masalah kekuatan dan kelemahan anak dalam mata pelajaran. Menyelidik dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak dalam sesuatu mata pelajaran . Terima dengan positif alasan mereka . 4.Segera membuat tindakan susulan kepada pihak guru samada melalui perbincangan , e-mail dan surat menyurat . Terima dengan positif jawapan , cadangan dan komentar dari guru tersebut . 5.Merangka jadual waktu pembelajaran anak-anak tanpa mengabaikan aspek-aspek lain . Pastikan anak-anak mengikut jadual tersebut . Terangkan kepada anak-anak mengapa jadual waktu itu dibuat . 6.Menanyakan anak-anak penglibatan mereka dalam aktiviti ko-kurikulum , jadual / masa aktiviti dan kegiatan . 7.Sokong dan galakkan mereka membaca banyak bahan bacaan lain seperti akhbar, majalah dan komik. ini menyuburkan minda pengetahuan am dan tatabahasa mereka . 8.Galakkan mereka mengulangkaji pelajaran secara berkumpulan seperti dengan rakan-rakan dan adik beradik . 9.Pantau dan tahu kawan-kawan mereka . Faktor kawan juga adalah penyumbang kemajuan dan kemunduran anak-anak . 10.Insentif dan hadiah perlu digalakkan dan disebut jika mereka berjaya dalam sesuatu ujian / peperiksaan . Ini akan menyuburkan lagi minat mereka . 11.Bagi anak-anak di tahap satu , pastikan mereka mampu menguasai kemahiran 3M ( menulis , membaca dan mengira ). Kemahiran ini SANGAT PENTING untuk mereka di tahap dua . Kemahiran lain seperti penguasaan tulisan jawi , membaca Al-Quran dan amalan fardhu ain lain juga amat penting dalam menghadapi kehidupan mereka sebagai seorang pelajar muslim . 12.Sentiasa menghadirkan diri sebarang aktiviti anjuran sekolah atau PIBG . Cara ini amat berkesan untuk ibubapa berhubung terus dengan pihak sekolah melalui soal jawab dan perbincangan yang lebih mendalam . Namun begitu , terdapat batasan dan had yang perlu disedari oleh ibubapa dalam menangani masalah pelajaran anak-anak ini . Sebarang tindakan dan cara yang dilakukan biarlah berhemah , berdisiplin dan bertatasusila . Adalah TIDAK WAJAR sama sekali menangani isu anak-anak mengikut nafsu , dendam dan perasaan . Antara kaedah dan cara negatif yang TIDAK WAJAR dilakukan ialah : 1.Menggunakan kekerasan fizikal seperti memukul , merotan dan mendera anak yang gagal . Ini akan menambahkan lagi ketakutan dan membuatkan mereka fobia untuk belajar . 2.Menggunakan ancaman lisan seperti memaki , menyumpah dan mengugut mereka . Ini akan membunuh semangat mereka untuk membaiki kelemahan yang sedia ada . 3.Menyerah bulat-bulat mendidik anak-anak kepada guru di sekolah. Pemikiran ini tidak boleh diterima pakai kerana seseorang guru itu mempunyai 30 - 40 orang murid lain untuk diberi perhatian . Masalah masa juga membataskan perhatian guru . 4.Menyerang dan menyalahkan guru-guru semata-mata jika anak tersebut gagal . Sikap tidak profesional ini akan melunturkan semangat guru dan menimbulkan persepsi yang negatif ibubapa dan anak tersebut di mata guru . Ia juga akan menjatuhkan imej dan maruah seseorang guru di kaca mata sekolah dan masyarakat . 5. Membandingkan seseorang guru dengan guru yang lain . Sebenarnya , setiap guru mempunyai kaedah dan teknik pengajaran mereka tersendiri berdasarkan opsyen mereka . 6.Tidak pernah menghadiri hari terbuka , perjumpaan dan taklimat anjuran sekolah atau PIBG. Aktiviti anjuran pihak sekolah dan PIBG ini adalah sangat penting untuk ibubapa mengetahui cara pengajaran yang spesifik dan kaedah yang terkini di samping mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka . Sesungguhnya apa yang dinyatakan di atas adalah satu bentuk cadangan yang harus diterima pakai dan direnung sedalamnya oleh seseorang ibubapa . Sikap prihatin , kasih sayang , belaian dan psikologi juga adalah faktor tambahan untuk anak-anak lebih cerdas , cergas dan matang dalam kehidupan mereka. Akhirkata , peranan guru dan ibubapa dalam soal pendidikan anak-anak sehaluan arahnya dan senada pentingnya . Keduanya saling sokong menyokong dan bertaut kukuh . Bagaimana rupa bentuk masa depan , di sinilah umbinya yang sedang di semai. Benarlah sabda Rasulullah SAW " Anak-anak itu umpama lain putih , maka ibubapanya lah yang bertanggung jawab menjadikannya ia Majusi atau Nasrani " . Sekian , Wallahualam Cikgu yunos